Setiap umat Islam pastinya mengimpikan untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci Makkah.

Kalau tak mampu menunaikan haji, sekurang-kurangnya dapat sekali melaksanakan ibadah umrah sudah memadai.

Seorang pengguna Facebook, Dila Luvy telah berkongsi bagaimana beliau dan keluarganya menunaikan umrah DIY tanpa menggunakan pakej ejen.

Mari kita ikuti perkongsian beliau.

UMRAH D.I.Y. TANPA PAKEJ

Assalamualaikum semua. Awal 2018 yang lepas kakak ada up gambar kami suami isteri umrah tanpa pakej. Dan lepas tu ramai kawan2 yg minta kongsi cerita.

Tapi disebabkan ramai yang ingat UMRAH DIY ni melanggar undang2, kami malas nak hebah2 kan. Tapi, sejak Saudi lancarkan tourist Visa, secara tak langsung UMRAH DIY sudah dianggap ‘halal’.

Makanya, cerita ini untuk korang semua yang kakak dah janji. Sori lambat! Hehe..

Disclaimer: Kak oishii takde niat nak menunjuk, apatah lagi nak menjatuhkan periuk nasi kawan2 yang buat pakej umrah. Cuma ini guide untuk kawan2 yang nak pergi dengan plan sendiri. Tak semua orang ada cuti 12 hari untuk umrah, tak semua ada 6-7k untuk umrah. InsyaAllah trip DIY kome blh plan sendiri, bajet sendiri, masa sendiri. Good luck!

1. FLIGHT BOOKING

Boleh survey semua airlines. Biasanya Saudia, MAS, AirAsia ada direct flight. Kalau transit mungkin lebih murah, eg: Oman Air, Etihad, Sri Lankan, Turkish Airlines. Tapi masa transit tu adakah berbaloi, terpulang masing2..

Kami hari tu amik AirAsia. RM1750 sorang without luggage/food/seat. Tersangat murah. Then kakak tambah front seat, makan, luggage jadi RM2350 return. Kebetulan masa pergi flight kosong, makanya berbaring lah deme guna 2-3 seat sorang.

Selesa habis. Guideline kakak, RM2500 (all in) ke bawah boleh grab. Budget terbesar utk umrah DIY memang flight tiket. So, choose wisely!

2. HOTEL BOOKING

Jarak hotel sangat memainkan peranan. Kat madinah rata2 hotel dekat murah je. Lebih murah dari Makkah.

Kat Makkah, ada kawan2 DIY dapat rate Hilton sgt murah utk bilik 4 org. SAR 245/nite je! So untuk hotel dah boleh plan sesuai bajet. Tempah kat agoda atau booking.com etc. Sama je macam korang g travel ke Europe tu.

Guideline kak oishii, kome amik yg free cancellation. Bila ada offer yang lebih murah, boleh cancel yang first, book baru. Hihi

Kami stay Hotel Saraya Eiman Makkah (300m ke dataran) SAR 220/nite. Madinah Zowar International Hotel (300m ke Gate 25 – pintu wanita. Straight pergi Raudah) SAR 259/nite.

3. VISA

Sekarang VISA UMRAH dah bukak seawal 10 Muharam rasanya. Dan tutup 15 Syawal. So boleh plan pergi dlm tempoh masa ni. Utk urusan Visa, kena ada flight tiket, hotel booking, surat nikah/sijil lahir, bukti cucuk vaksin, travel insurans.

Untuk Visa, kami ada contact orang yang boleh buatkan. Nak yang ni, kena PM tepi. Tak boleh disclose bagi menjaga kepentingan banyak pihak. Kos RM350 sorang (Januari 2018).

Sebenarnya, kami masih pergi dengan VISA UMRAH yang sah.

Jadi bagi Saudi, kami datang dari group company yang buatkan VISA UMRAH kami. Muasasah di Saudi, muasasah company tu. Jadinya, UMRAH DIY KAMI HALAL di sisi undang2 Saudi. Yang kome baca kat paper kata UMRAH DIY HARAM tu, tak sama dengan kes kami dan kebanyakan geng2 DIY yang lain.

Tapi ini semua dulu. Sekarang 2019 dah ada VISA PELANCONG. Sangat2 lah senangnya. Wanita tak perlukan mahram, tak perlu kad suntik vaksin, flight, hotel semua. InsyaAllah soon kami bakal terbang dengan VISA PELANCONG ni. InsyaAllah kak oishii share lepas balik nanti ye.

4. MAKAN

Bab ni pun sama korang boleh control ikut bajet sendiri. Macam kami laki bini hantu nasi arab, so memang hidup senang la kat sana. Puas makan.

Kalau yang memang selera melayu tu jangan risau, ada Felda D’Saji kat Makkah n Rumah Makan Indonesia kat Madinah

(update: katanya dah ada Rumah Makan Malaysia kat Hotel Dar Eiman Madinah).

Bajet makan kami dlm RM50/pax/day. Kalau hotel Saraya Eiman nak fullboard makan tambah SAR40 masa tu.

5. GROUND TRANSPORT

Boleh check facebook Umrah Taxi, Umrah Taxi Express, Umrah Cab. Kalau berdua macam kami banyak guna Uber dan Careem (apps macam grab).

Untuk Umrah 2020 kakak amik pakej Umrah Taxi sebab sekali harung utk 1 keluarga. Umrah Taxi ni kita bayar masa kat sana. Cuma booking je awal2.

Atau yang muda mudi takde anak kecik tu boleh amik SAPTCO bas. Coach selesa jugak kata kawan2. Kakak xpernah guna. Train pun kakak takde pengalaman. Dengar dari kawan2 je.

Kebetulan sebulan sebelum kakak fly hari tu, Saudia Airlines buat offer. Jadi kami amik flight domestic Jeddah-Madinah.

SAR 200 seorang return. Kalau sedan car mau SAR 400 one-way. Hihi.. Ziarah Makkah, Madinah semua kak oishii guna Uber n Careem je. Senang n murah.

Ada yang kami naik bas utk niat ke Tanaim. SAR 3. Ada kawan ke masjid Quba hari2 pun naik bas. Nanti kakak cuba.

6. ZIARAH & MUTAWWIF

Kami tak amik mutawif masa trip ni sebab rasa boleh handle sendiri berdua. So semua ziarah naik Uber je. Untuk next trip kami pergi keluarga besar, maka amik student Malaysia yang kat sana untuk ziarah Makkah, Madinah n Thaif.

Sambil2 tolong dorang jugak..  Boleh PM kakak kalau nak contact k..

7. TRAVEL INSURANS DAN CUCUK VAKSIN

Sangat2 penting. Kalau VISA UMRAH wajib ada. VISA PELANCONG takyah. Macam travel ke tempat2 lain jugak. Beli je online. Kakak sekeluarga memang amik annual travel plan.

Vaksin pun kami amik walaupun sekarang dah tak payah ada. Tapi mencegah kan lebih baik dari mengubati?

8. AIR ZAMZAM

Air zamzam ni boleh beli kat airport Jeddah/Madinah kat luar. Sebelum kome masuk check in. SAR 5 je untuk botol 5 liter. Tapi 1 pasport boleh beli sebotol air je. And airlines tak kira 5 liter ni dalam pakej bag kita. Kira memang dorang bagi free bawak balik.

9. BAJET TOTAL

Jadi untuk trip ni total bajet kakak dalam RM 4000 seorang untuk 8 malam rasanya. (Nanti peh balik Malaysia kakak update exact figure. Ada tulis dalam buku.

Kakak jauh diperantauan ni, tak ingat. Hihi..) Dengan perjalanan yang smooth, hotel dekat, kakak rasa sangat2 puas hati dengan DIY umrah ni. Harap yang ke depan bersama keluarga besar ni pun Allah permudahkan jugak. Kome doakan jugak ye?

Nanti kakak share pengalaman yang ni pulak. Ke kome nak kak oishii update live nanti?


Notakaki : UMRAH DIY ni kakak tak galakkan untuk first timer. Sebab kita datang nak beribadah, biarlah pakej tour uruskan semua. Kita ikut dan focus ibadah je. Yang dah pernah pergi, nak plan aktiviti dan bajet sendiri, nak rasa manisnya tak bazir banyak masa, silakan. Sekali lagi, kalau rasa bermanfaat, sharelah untuk panduan kawan2 lain bersama. Yang khilaf atau tak jelas, maafkanlah kami.. Mana yg tertinggal, boleh la tambah kat komen bawah. So, semua boleh baca dan dapat manfaat bersama.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.