Terendah Dalam Sejarah, Ini Dividen dan Bonus ASB Dari 1990 Hingga 2019

Hari ini Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengumumkan pengagihan pendapatan (dividen) sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun 2019.

Menerusi pengumumannya, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata ia akan membabitkan pengagihan berjumlah RM9 bilion.

Zeti juga memaklumkan jumlah pemegang unit ASB kini sudah mencecah angka 10 juta orang di eluruh Malaysia.

Jika dibandingkan dengan tahun-tahun sudah, dividen dan bonus tahun ini merupakan pengagihan terendah dalam sejarah sejak ASB mula diperkenalkan.

Mari kita lihat dividen dan bonus ASB dari tahun 1990 hingga 2019.

Amanah Saham Bumiputera ataupun kebiasaannya disebut sebagai ASB ialah skim unit amanah kedua. Ia telah dilancarkan pada 2 Januari 1990.

ASB hanya dibuka kepada Bumiputera, yang secara kasarnya bermaksud orang-orang asal Malaysia dan oleh itu tidak termasuk warganegara berketurunan Cina dan India.

Pelabur ASB dihadkan untuk melabur 200,00 unit sehaja iaitu bersamaan RM200,000 yang bermaksud bahawa seseorang itu hanya boleh melabur wang baru sehingga tahap tersebut.