Gadis Melayu di UK Dipilih Jadi Model Pakaian Renang Patuh Syariah Baharu Nike

Kejayaan Nike Pro Hijab yang mula dijual pada tahun 2017 telah membawa koleksi Victory Swim hadir lengkap dengan seluar legging, baju dan juga tudung.

Pelancaran koleksi baju renang yang pertama untuk wanita muslim oleh Nike ini turut hadir dengan tudung kalis air.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian pada pelancaran kali ini adalah seorang anak Malaysia telah dipilih sebagai model bagi memperagakan pakaian tersebut.

Arinna Erin Wira yang juga merupakan seorang pelajar di United Kingdom merupakan salah seorang model Nike Pro Hijab kali ini.

Arinna Erin adalah model yang bernaung di bawah syarikat Bame, salah sebuah agensi pengurusan bakat dan model di UK yang bertanggungjawab menjaga model yang datang dari latar belakang di luar eropah.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Arinna berkata bahawa segala apa yang dia capai sekarang adalah disebabkan dengan rasa tidak puas dengan diri sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arinna Erin Wira (@arinna.erin) on

Sebelum ini, Arinna pernah tersenarai di dalam 50 Wanita Cantik oleh FEMALE Magazine pada 2017.

Beliau baru saja menamatkan pengajian di dalam Master of Sciene di Brunel University London.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arinna Erin Wira (@arinna.erin) on

Pencapaian Arinna ini pastinya menjadi inspirasi buat semua warga Malaysia kerana menjadi salah satu muka hadapan untuk jenama sukan terbesar di dunia.