Wanita Hamil Nak Jual Buah Pinggang Atas Desakan Hidup, Ini Respon Menteri Agama

Baru-baru ini telah tular satu kisah yang dikongsikan pengacara Ahmad Fedtri Yahya mengenai seorang wanita yang menawarkan buah pinggangnya untuk menyara kehidupan lantaran pandemik COVID-19.

Apa yang lebih mengejutkan adalah wanita dalam kesusahan itu sebenarnya sedang mengandung.

Atas desakan hidup saya nak jual buah pinggang saya sendiri

Menerusi tulisan wanita berkenaan yang mengirim teks langsung kepada Fedtri; “Sekiranya ada kenalan/pesakit yang memerlukan buah pinggang, atas desakan hidup dan hutang saya nak jual buah pinggang saya sendiri.”

Datuk Seri Dr Zulkifli turut tampil membantu

Kisah ini telah mendapat perhatian ramai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri.

Menurut Dr. Zulkifli, wanita terbabit telah dibantu oleh Pusat Zakat Selangor dengan menyalurkan sejumlah wang kepadanya.

Realiti yang terpaksa kita hadapi walaupun sukar dipercayai

Beliau turut terkesan dengan situasi wanita itu, Dr. Zulkifli akur dengan realiti semasa dunia khususnya rakyat di negara sendiri.

“Realiti yang terpaksa kita hadapi walaupun sukar untuk dipercayai. Saya dimaklumkan, beliau juga sedang hamil”.

Moga Allah keluarkan beliau dan keluarga dari kesempitan hidup

“Moga Allah SWT keluarkan beliau dan keluarga daripada kesempitan hidup”.

“Setelah tular kes ini di Twitter, Pusat Pungutan Zakat – MAIWP telah menghubungi beliau dan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM5,000 kepada beliau”.

Saya dimaklumkan, beliau juga sedang hamil

 

View this post on Instagram

 

Realiti yang terpaksa kita hadapi walaupun sukar untuk dipercayai. Saya dimaklumkan, beliau juga sedang hamil. Moga Allah SWT keluarkan beliau dan keluarga daripada kesempitan hidup. Setelah tular kes ini di Twitter, Pusat Pungutan Zakat – MAIWP telah menghubungi beliau dan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM5,000 kepada beliau. Memandangkan beliau tinggal di Selangor, saya juga dimaklumkan pihak Lembaga Zakat Selangor sedang mengusahakan bantuan untuk beliau. Tahniah atas usaha proaktif PPZ MAIWP dan Lembaga Zakat Selangor. Jika anda mendapat info berkenaan isu-isu seperti ini di Wilayah Persekutuan, saya sarankan untuk terus lapor melalui aplikasi MoJA. Boleh muat turun di Play Store bagi pengguna Android. Terima kasih @fedtriyahya atas sebaran. Insya-Allah kita sama-sama bantu. @pusatpungutanzakat @zakatselangor @ustazshukriyusoff @saipolyazan

A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on

Lembaga Zakat sedang usahakan bantuan untuk beliau

“Memandangkan beliau tinggal di Selangor, saya juga dimaklumkan pihak Lembaga Zakat Selangor sedang mengusahakan bantuan untuk beliau”.

“Tahniah atas usaha proaktif PPZ MAIWP dan Lembaga Zakat Selangor”.

InsyAllah, kita sama-sama bantu

“Jika anda mendapat info berkenaan isu-isu seperti ini di Wilayah Persekutuan, saya sarankan untuk terus lapor melalui aplikasi MoJA. Boleh muat turun di Play Store bagi pengguna Android”.

“Terima kasih @fedtriyahya atas sebaran. Insya-Allah kita sama-sama bantu,” kata Dr. Zulkifli.

Perkongsian tersebut telah menyentuh hati orang ramai yang faham kedesakan hidup ketika ini.

Rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib wanita tersebut dan ramai yang mendoakan supaya lebih ramai individu yang tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.