[VIDEO] Member Kantoi Layan Ganja Semasa Live Jual Bundle, Ini Jawapan Tenang Peniaga

Dalam menghadapi zaman pandemik Covid-19, ramai peniaga mengambil inisiatif sendiri dalam membuat pemasaran bagi memastikan sasaran jualan tercapai.

Di antara aktiviti yang paling kerap dilakukan adalah membuat ‘live’ sama ada di laman Facebook sendiri atau ‘page’ perniagaan.

Sering kali kita lihat pelbagai jenis barang dijual secara online seperti jamtangan, pakaian bundle dan juga barangan kemas.

Kebanyakan mereka gemar melakukan aktiviti ini pada waktu malam kerana lebih ramai viewers.

Walau bagaimanapun, lain pula yang terjadi dalam sesi live oleh seorang peniaga pakaian bundle ini.

Semasa sedang bersiaran secara live di Facebook, rakan di belakangnya dikatakan secara tidak sengaja sedang menyedut ‘bong’ iaitu alat yang biasa digunakan untuk menghisap daunganja.

Malah apabila ditanya oleh penonton live berkenaan, lelaki berkenaan dengan tenang menjawab sebenarnya lelaki di belakang sedang buat servis ‘repair telephone’.

“Yang duduk belakang ni abe? Tengah repair telephone abe. Di rumah ni macam-macam servis kita buat. Jual bundle, Repair motosikal, repair telepohone tukar bateri pun ada.”

“Takkan nak hisap bong masa tengah live. Viral nanti abe,” jawab lelaki berkenaan. Namun, jika dilihat video berkenaan, kenyataan lelaki berkenaan sebenarnya hanya untuk cover line tetapi cubaan tersebut gagal dengan jayanya.

Video tersebut dikongsikan oleh pengguna Facebook Zaide Yusuf dan menjadi tular di laman sosial berkenaan.

“Perosak seller vintage n bundle Malaysia. Sambil buat live, kawannya siap hisap bong kat belakang.”

 

Rata-rata peniaga bundle lain merasakan perbuatan tersebut adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku kerana boleh mencemarkan nama baik perniagaan bundle.

Diharapkan kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua terutama peniaga online yang sering membuat video live.