Wanita Hamil Jumpa Tikus Mati Di Dalam Sup, Restoran Tawarkan Wang Gugurkan Kandungan

Pihak berkuasa telah menutup sementara sebuah restoran popular Xiabu Xiabu di Weifang, wilayah Shandong China, lapor The South China Morning Post.

Seorang lelaki yang bernama Ma, sedang makan bersama keluarganya di restoran itu pada hari Khamis lepas.

Ma mengatakan bahawa isterinya menjumpai bayi tikus yang telah mati di dalam sup mereka.

Ma kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pekerja restoran dan kemudian pengurus restoran itu memberitahu keluarganya bahawa dia sanggup membayar pampasan kepada mereka kira-kira $ 700.

Walaubagaimanapun, setelah dimaklumkan bahawa seorang wanita hamil telah makan dari hidangan itu , pegawai itu berkata dia bersedia untuk memberi wang hampir $ 3,000 untuk membayar pengguguran kandungan sekiranya pelanggan bimbang tentang kesihatan anak itu.

“Jika anda bimbang tentang bayi itu, maka kami akan memberikan anda 20,000 yuan (£ 2,300) untuk menggugurkannya,”

Ma berkata beliau bersedia untuk berunding mengenai pampasan selepas isterinya menyelesaikan pemeriksaan hospital.

https://www.youtube.com/watch?v=pwzeaRJiY1E

Pihak berkuasa kemudian menutup sementara restoran itu bagi menyiasat perkara itu, tetapi akhirnya tidak menemui sebarang bukti serangan tikus.

Pemilik restoran itu berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka sentiasa memberi penekanan terhadap keselamatan makanan dan akan membuat penambahbaikan yang diperlukan.