Orang Awam Terkena ‘Kejutan Karen’ di Jalanan Semasa Ribut di Selatan China

Sekurang-kurangnya tiga orang yang telah meninggal disyaki akibat serangan elektrik semasa hujan lebat di selatan China minggu lalu akibat peralatan elektrik yang rosak atau buruk di jalanan, lapor media China.

Seorang ibu dan anak perempuan terbunuh semasa hujan lebat di Foshan, wilayah Guandong pada Jumaat lalu kerana pendawaian elektrik yang rosak pada papan iklan di perhentian bas.

Orang yang lalu di kawasan itu melihat kedua-dua mangsa terbaring di dalam air dan telah membuat laporan polis.

Semua janakuasa elektrik di perhentian bas di daerah itu kemudian dimatikan sebagai langkah berjaga-jaga.

Seorang pelajar berumur tujuh belas tahun juga dijumpai meninggal pada hari Jumaat ketika melintas jalan di Guangzhou.

Siasatan awal mendapati remaja lelaki itu terkena kejutan elektrik kerana kotak bekalan kuasa elektrik berdekatan telah dibanjiri air hujan.

Biro Keselamatan awam tempatan dalam satu kenyataan mengatakan kegagalan punca janakuasa elektrik mungkin menjadi faktor dalam tragedi remaja itu.

Kejadian tersebut telah menyebabkan orang ramai menyatakan keprihatinan mereka di dalam media sosial mengenai keselamatan peralatan elektrik di jalanan.

Seorang pengguna internet menulis:

“Bukankah seharusnya pihak berkuasa perancang bandar disalahkan dan dihukum? Ia tidak selamat untuk berjalan. “

Satu lagi berkata mereka terpaksa berjalan melalui jalan raya berbahaya di Guangzhou pada Jumaat lepas.

“Saya berasa sangat bertuah apabila saya pulang ke rumah dengan selamat,”

https://www.youtube.com/watch?v=qP7KEoAw6Nc

Ribut Tropika Ewiniar telah menyerang beberapa bahagian pulau Hainan dan wilayah Guangdong, membawa hujan lebat dan angin kencang.

Sesetengah kawasan di Guangzhou dilanda hujan setinggi 10cm sejam, dengan banyak kawasan yang dibanjiri air sehingga 40cm.