“Walau mati, risau dosa tak henti” Riak Pergi Umrah 3X Walau Tak Bertudung, Ustazah Asma’ Tampil Beri Teguran

Menutup aurat dengan sempurna baik lelaki mahupun wanita dituntut dalam agama islam bahkan ianya merupakan perkara wajib untuk dilakukan. Namun ada sesetengah individu yang memandang remeh terhadap isu tersebut.

Baru-baru ini tular sebuah video dimana seorang selebriti Malaysia telah bersiaran langsung dan mengulas tentang isu menutup aurat mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna Tiktok iaitu @nazrul_al_bangsari, artis terbabit meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang sebanyak tiga kali untuk ke Tanah Suci sebagai tetamu Allah walaupun masih belum mengenakan hijab.

“Dengar apa orang jahir berhujah” ujarnya di ruangan kapsyen.

Namun apa yang membuatkan ramai berang adalah dia juga menyifatkan terkadang yang menutup aurat sempurna dan bertudung ini perangainya tidak sesuai dengan penampilan malah dia juga menyifatkan ada orang yang menutup aurat namun belum dipanggil untuk menunaikan umrah sedangkan dia sudah menunaikan umrah sebanyak 3 kali walaupun belum bertudung.

Dek kerana kenyataan kurang senang yang dilemparkan oleh Saripah Raziah Mustapha itu, seorang pendakwah terkenal iaitu Ustazah Asma’ Harun terpanggil untuk memberikan teguran kasih sayang padanya.

Dalam perkongsian panjang lebar Ustazah Asma’ di Facebook, beliau mengingatkan mana-mana pihak supaya hati-hati dalam apa yang diberi kerana ia boleh menjadi istidraj.


Bukan itu sahaja, dia juga memaklumkan bahawa peluang menunaikan haji dan umrah memang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Namun, kayu ukur utama adalah perubahan yang dilakukan selepas pulang dari mengerjakan ibadah tersebut sama ada ibadah lebih baik, sama sahaja atau semakin buruk.

Ustazah Asma’ juga menegaskan teguran yang diberikan itu bukanlah untuk mengambil alih kerja Tuhan namun hanya melakukan apa yang diperintahkan sebagai seorang saudara sesama islam.

Beliau turut mengingatkan yang setiap rupa, kekayaan, kemasyuran, pengaruh dan pujian manusia adalah anugerah, namun jika digunakan ke jalan bercampur maksiat, ia adalah satu musibah.

Video yang tular:

@nazrul_al_bangsari Dengar Apa Orang Jahil Berhujah #syahadah #Volunteer #Movement ♬ original sound – Nazrul_Al_Bangsari

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dilemparkan oleh Saripah Raziah malah mendoakan agar satu hari dia diberikan hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Berikut merupakan komen warga maya:

“sebab tu pentingnya memilih suami supaya boleh membimbing kita ke jalan yang benar..”

“tak perlulah berhujah dengan orang gini..”

“apabila hukum tuhan cuba di hujah kan.. betapa takburnya”