Tersangkut 4 Jam Atas Jambatan Pulau Pinang, Gadis Redha 20 Biji Kek Rosak & Cair

Semalam tular sebuh perkongsian dimana seorang graduan Universiti Sains Malaysia (USM) yang terkandas di Jambatan Pulau Pinang gara-gara adanya kemalangan maut.

Ekoran perkara tersebut, pihak USM telahpun mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis selama 30 minit bagi memberi ruang kepada graduan tersebut agar dapat bersama-sama menyertai Majlis Konvokesyen yang ke-59 itu.

Pun begitu, tanpa kita sedar, semalam ada juga sebuah kereta yang turut terkandas dan difahamkan dia membawa kek yang ditempah oleh graduan USM.

Apa yang lebih menyedihkan adalah, peniaga kek tersebut terpaksa menanggung kerugian apabila 20 biji keknya rosak akibat terkandas di jambatan selama 4 jam.

Perkara tersebut tular setelah abangnya sendiri memuat naik beberapa foto adiknya yang cekal menghadapi ujian tersebut.

Menurut Afif, adiknya yang dikenali sebagai Alia Musfirah Aco menangis bukan kerana putus asa tetapi ia menandakan kekuatan dalam cabaran berniaga.

“Terkandas 4 jam dalam jem jambatan pulau pinang, 20 biji kek jualan utk konvokesyen USM rosak . dugaan adik perempuan sy harini, tapi dia kental walaupun nampak je mata dia merah nangis dlm kereta tadi. Air mata tu bukan putus asa, tapi tu lah air mata kekuatan dlm cabaran berniaga. Bertambah semangat dia.”

“20 biji kek yg didekorasikan konsep konvokesyen dibawa dari acocafe bertam seawal 6:45 pagi, semuanya cair dan tak dapat dijual. sebagai abang, kesian lah kan tgk hasil seni dan kerja keras adik perempuan sy mcmtu, tapi bagi sy semua org yg berjaya dlm business tiada jalan yg mudah . Sebagai orang muda , semangat dan tenaga kita muda , teruskan jangan kecewa. ”

“Dulu sy pun lalui bermacam dugaan, tapi Alhamdulillah semua pengalaman tu lah yg menjadikan kita kental, lebih bijak atur tektikal, fikir plan kontigensi, susun dan atur. pengalaman adalah guru terhabat. Jangan putus asa ! teruskan usaha, Allah janji ada hasil jika berusaha.”

Sekadar info, berlaku kemalangan maut melibatkan seorang pemandu dan kelindan sebuah lori membawa sayur-sayuran maut selepas kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 8.6 Jambatan Pulau Pinang arah pulau dekat sini semalam.

Susulan perkara itu menyebabkan kesesakan teruk lebih 20 kilometer dari bahagian tanah besar iaitu Sungai Dua, dekat sini menghala ke pulau dan ia berlarutan hingga 12.30 tengah hari ini.

Perkongsian yang tular:

Menjnjau di ruangan komen, rata-rata memberikan kata-kata semangat pada wanita ini agar terus cekal dan tidak berputus asa apabila diuji.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Tadi saya nampak sis ni parking dekat tempat parking kereta USM..”

“dah la barang bakeri mahal lepastu lebur macam tu je ya Allah”