“Walau bukan dari rahim isteriku, dia punca aku merasa Hari Bapa” – Achey Bocey

Mohd Nasir bin Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara Malaysia.

Pelawak kegemaran ramai ini merupakan anggota kumpulan Bocey yang turut dianggotai oleh Fad dan Allahyarham Abam.

Tiara tambah seri dalam hidup Achey dan isteri

Achey mempunyai seorang anak angkat yang bernama Nur Tiara Zainnirah yang kini berusia dua tahun.

Kehadiran Tiara satu rahmat 

Menurut Achey, beliau menyifatkan sambutan hari bapa tahun ini cukup bermakna kerana dia turut dapat meraikannya sebagai seorang bapa.

Menerusi perkongsian di Instagram, Achey berkata kehadiran anak angkatnya itu merupakan satu rahmat kepadanya.

Dapat merasa kehidupan sebagai seorang bapa

Oleh kerana kehadiran Tiara yang menambahkan seri dalam keluarganya, beliau dapat merasai kehidupan sebagai seorang bapa.

“Dialah punca, aku merasa hari ini. Aku bersyukur pada Allah”

“Jika tidak DIA kurniakan tiara zinnirah kepada ku, tidak dapat aku merasa gelaran sebagai bapa di hari bapa”

Allah isikan kasih sayang kami kepadanya 

“Walau bukan dari rahim isteriku tapi Allah isikan kasih sayang kami yang tiada arah dahulu dan kini dapat di curahkan kepadanya”.

Disamping itu, Achey turut mengatakan dia akan lakukan sebaik mungkin untuk anaknya itu.

 

View this post on Instagram

 

Bila mama tanya: ‘siapa nak makan kueh KECAYAP!’ #tiarazinnirah

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Mohon maaf jika ada kekurangan pada ayah

Apa yang lebih menyentuh hati apabila Achey turut memohon maaf kepada Tiara dan isterinya seandainya ada kekurangan ketika dia menjalankan tanggungjawab sebagai bapa sepanjang dua tahun ini.

“Ayah akan lakukan sebaik mungkin untuk kamu nak. Maaf ayah pohon kepada awak dan mama jika ada kekurangan pada ayah dalam menjalankan tanggungjawab” tulisnya.

Terdahulu, Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahya mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu dan mengambil anak angkat pada tahun 2018.