“Bagusnya, macam Abby & Memey” Tok Ti Kongsi Gambar Bercuti Dengan Tengku Zawyah & Keluarga

Penyanyi no 1 negara, Dato’ Sri Nurhaliza masih diminati bukan sahaja di Malaysia malah beliau turut mendapat tempat di hati peminat dari Indonesia, Singapura dan Brunei.

Beliau yang lebih mesra disapa Tok Ti sering berkongsi kehidupannya bersama peminat menerusi akaun Instagram miliknya.

Dah sama macam Abby dan Memey-Netizen

Baru-baru ini, Dato’ Siti Nurhaliza berkongsi gambar bercuti bersama dengan Tengku Zawyah serta keluarga.

Mereka sekeluarga meraikan hari lahir cucu-cucunya dan juga turut meraikan Hari Bapa yang disambut pada hari Ahad lalu.

Keluarga Tengku Zawyah turut hadir

Beberapa gambar kemeriahan percutian tersebut turut dikongsi bersama peminat-peminatnya menerusi akaun Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Beautiful day @tiarasaescapes With beautiful people..😍

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Turut disertai bekas isteri Datuk Khalid dan suami

Apa yang lebih menarik perhatian adalah, percutian tersebut turut disertai oleh bekas isteri Datuk Khalid iaitu, Tengku Zawyah bersama suami dan anak-anak mereka sekeluarga yang lain.

 

View this post on Instagram

 

Sarapan pagi dengan suasana berbeda, di tepi sungai 🏝

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on

Tiara Escapes jadi pilihan

Untuk percutian kali ini, Dato’ Siti telah memilih destinasi dalam negara untuk berehat bersama keluarga di Tiara Escapes.

Tiara Escapes dimiliki oleh Datin Seri Tiara Jacquelina bersama suaminya, Datuk Seri Dr Effendi Norwawi di Janda Baik, Bentong, Pahang.

Kongsi kenangan bersama menantu

Selain itu, Tokti turut berkongsi gambar kenangan bersama menantu-menantu perempuan iaitu Tya Arifin, Alyssa Hisham dan Tengku Zawyah.

 

View this post on Instagram

 

Family Picnic @tyaarifinnw ⛺️🏕 @tiarasaescapes @teezac @alyssahisham @imeiliyaherina

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Terjalin kemesraan 

Jelas kelihatan keakraban yang terjalin antara Dato’ Siti dan Tengku Zawyah bersama anak-anak dan menantu-menantu mereka.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian netizen yang kagum dengan sikap Dato’ Siti dan Tengku Zawyah.