Walau Bomba Dah Datang Warga Emas Berkeras Tak Bagi Buang Sarang Tebuan Buat Netizen Geram

Tebuan merupakan sejenis serangga terbang yang mempunyai sengat yang menyakitkan dan boleh membawamaut jika ianya serius.

Lagi-lagi kalau kena dengan tebuan tanah kerana jenis tebuan ni memang sangat bahaya sebab dekat penyengat tu ada racun dan sakitnya bukan kepalang.

Sebab tu kita selalu dengar peribahasa ‘jangan di jolok sarang tebuan’. Memang cari nahas kalau saja-saja kacau atau tak sengaja terlanggar sarang tebuan.

Namun lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang warga emas tidak megizinkan anggota bomba untuk membuang sarang tebuan mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat turun oleh seorang pengguna TikTok memapakan warga emas yang dikatakan enggan memberikan kerjasama kepada pihak bomba bagi membuang sarang tebuan yang berada di pokok berhampiran rumahnya.

Difahamkan, seorang wanita membuat aduan kepada pihak bomba untuk menghapuskan sarang tebuan yang boleh mencederakan penduduk kampung yang melalui jalan tersebut.

Bukan itu sahja, malah ahli keluarganya juga seing menggunakan jalan yang sama. Namun siapa sangka, warga emas ini tidak membenarkan pihak bomba meneruskan tugas.

Apa yang lebih menyakitkan hati adalah, Warga emas itu turut memberitahu sarang tebuan tersebut tidak berbahaya sama sekali.

“Rumah dia terbakar kita tolong panggil bomba. Pokok dia ada sarang tebuan kita tolong panggil bomba. The real jiran tak guna wujud. Jiran saya ini dulu cikgu. Tapi itu lah risau ada jiran macam ini. Tebuan punya hal pagar dikecohkan.”

Pegawai bomba yang diarahkan ke sana juga dikatakan telah menjelaskan dan memahamkan warga emas tersebut mengapa sarang tebuan itu harus dihapuskan namun tetap bertegas bahawa dia tidak suka akan perkara tersebut.

“Tak terbakar pokok aih, sebab kami dah bakar pokok banyak kali.”

Warga emas ini pada masa yang sama, turut menjelaskan dia sudah cuba bersabar dengan apa yang terjadi dan menceritakan tebuan tersebut sama sekali tidak menyerang mana-mana individu.

“Dia duduk dalam kawasan ini, atas bumbung kawan ini. Saya dengan tebuan saya tau lah.”

Video yang tular di laman TikTok:

@heartless0911rumah dia trbakar kita tlg panggil Bomba..pokok dia ad sarang tebuan kita tlg panggil Bomba..the real jiran taguna exist 😌 #jiran #fyp #takbersyukur♬ original sound – Alexia Evellyn

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 736.7K tontonan, 39.3K tanda suka, 3277 komen dan 542 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geram dengan sikap sambil lewa pakcik ini yang boleh memudaratkan diri sendiri dan penduduk kampung yang menggunakan jalan tersebut.

Berikut merupakan komen warga maya: