Pegawai Bank Datang Rumah, Rupanya Wanita Ini Lupa Ada Wang RM170Ribu Dalam Akaun Sejak 2016

Jika duit hilang, sudah tentu kita kelam kabut cari satu rumah. Manakan tidak, seharian berhempas pulas membanting tulang mencari rezeki tiba-tiba hilang. Pasti setiap ceruk kita cari sampai lah jumpa walaupun sekadar RM5.

Namun lain pulak ceritanya dengan seorang wanita yang berasal dari Indonesia bernama Cindy Prasetya ini dimana dia terlupa ada simpan duit di akaun bank sejak lima tahun lalu mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @addinnt , wanita ini didatangi pihak bank ke pejabatnya oleh kerana jarang berlaku transaksi di akaun bank tersebut, mereka turut memberitahu jumlah wang dalam akaun simpanannya kini telah mencecah Rp 600 juta (kira-kira RM176 ribu).

Bagaimana pun, Cindy ketika ditemui pihak bank kelihatan bingung dan seperti tidak percaya, namun dengan santai berkata dia lupa punya wang sebanyak itu.

Menerusi apa yang diterangkan oleh Cindy, dia membuka akaun bank tersebut sekitar November 2016 dan menyimpan Rp 430 juta (kira-kira RM126 ribu) dalam akaun berkenaan. Namun setelah beberapa tahun, wang dalam akaun tersebut bertambah sebanyak Rp 170 juta (kira-kira RM50 ribu).

Video yang tular di laman TikTok:

@addinntWoy jiwa kemiskinanku menangis 😭😭😭 #fypシ #PUBGMGundalaChallenge

♬ LOCA LOCA – PRODUK_CIKUYA_LEBAK✅

@misscindy88dari2016 lupa punya uang 600 juta

♬ LOCA LOCA – PRODUK_CIKUYA_LEBAK✅

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen juga pelik bagaimana dia boleh terlupa mempunyai wang sebanyak itu malah dia juga klihatan santai mengatakan dia terlupa bahawa pernah menyimpan RM176 ribu.

Dalam masa yang sama, ramai dari kalangan netizen berseloroh bahawa mereka tak boleh ‘relate’ dek kerana hilang duit jumlah yang sikit sahaja dah riuh sekampung! hehehe

Berikut merupakan komen warga netizen: