“Awak syahid sayang,” Anggota Bomba Maut Ketika Bertugas, Luahan Isteri Buat Netizen Sebak

Seorang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat Mohd Firdaus Sulaiman, 32 dilaporkan meninggal dunia oleh kerana cedera parah akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu di Segamat.

Difahamkan, seorang lagi rakan sekerja sebelum ini telah dikejar Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.

Memetik laporan Metro, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Mazuki Ismail berkata, Mohd Firdaus Sulaiman disahkan meninggal dunia di Hospital Segamat pada jam 4.15 pagi.

“Jenazahnya akan dikebumikan di Jalan Zaitun, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan,” katanya.

Pemergian anggota bomba tersebut telah meninggalkan seorang isteri, Nurul Jannah Abd Hamid Khan, 29, dan anak perempuan Aisy Alisha Mohd Firdaus, 3.

Ekoran itu, sang isteri meluahkan rasa bangganya menghantar jenazah suaminya di tanah perkuburan kerana tahu yang allahyarham pergi dalam keadaan syahid.

“Seronok dapat hantar awak tanpa air mata sehingga ke liang lahat.. TERLALU RAMAI SAYANGKAN AWAK.. Sepanjang jalan awak dikelilingi kawan yang ramai”

“Terima kasih jadikan saya BIDADARI AWAK.. Saya redho dengan segalanya.. Hembusan nafas terakhir awak disisi saya”

“AWAK SYAHID SAYANG.. I’m gonna miss u abang.. Cinta awak pd saya tiada ganti tau.. Terima kasih ajarkn saya jadi KUAT” katanya

“saya bangga jadi isteri kamu..Tunggu saya disyurga ‘Jannahtulfirdaus'”

Sekadar rekod, kejadian yang berlaku pada Sabtu jam 10 pagi itu telah mengakibatkan seorang anggota bomba dan seorang anggota pasukan tindakan kecemasan (ERT) kilang cedera parah, manakala seorang lagi anggota bomba melecur akibat terkena letupan sewaktu operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu di Segamat.

Mangsa adalah Syed Putra Syed Mohd Al Atas, 52; Mohd Firdaus dan anggota ERT kilang Mohamad Azuraini Mahrani, 40.

Kesan letupan menyebabkan Mohd Firdaus dan Mohamad Azuraini yang berada di tingkat tiga tercampak kira-kira 10 meter ke tingkat bawah, manakala Syed Putra yang berada di tingkat bawah melecur di belakang kepala selepas terkena bahan letupan.

Mohd Firdaus dan Mohamad Azuraini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Segamat, manakala Syed Putra menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.

Terdahulu, Jannah juga mengadakaan bacaan yassin bagi mendoakan kesejahteraan suami selepas mengetahui allahyarham mengalami kemalangan ketika sedang bertugas memadamkan kebakaran.

Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah (dibaca)