Sejak kebelakangan ini ada sahaja cerita yang ‘kurang sedap’ timbul di media sosial berkaitan kebersihan tidak kira lah daripada kedai tepi jalan sehinggalah ke premis restoran terkenal.
Ada yang jumpa lipas di dalam char kuey teow, kain basuh pinggan dalam kuah steamboat, ulat penuh dalam nasi kerabu, terjumpa 2 papan dawai kokot dalam pulut panggang dan bermacam lagi.
Ini sekaligus mencetuskan tanda tanya ramai bagaimanakah tahap kebersihan sesetengah kedai makan? Apakah penyedia makanan langsung tidak menitik beratkan soal kebersihan?
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah restoran francais popular di Kota Kemuning diarah tutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas didapati kotor serta tidak mematahui prosedur yang ditetapkan.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter @AfiqShari, difahamkan punca penutupan restoran ini buat sementara waktu dibuat selepas didapati terdapat seekor tikus berada di kaunter restoran tersebut.
Difahamkan, restoran makanan popular ini sudah mempunyai pelbagai kes melibatkan masalah kebersihan sebelum ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen gembira apabila mengetahui restoran tersebut ditutup buat sementara waktu kerana restoran makanan popular ini sememangnya diketahui mengenai kebersihan restorannya yang teruk serta turut mempunyai pekerja yang biadap.
Antara komen warga maya:
Mainan happy meal baru ka tu ?
— Syahrol Azuwan (@SyahrolWanDex) February 8, 2023
Besar gila
— Asyrafff 🇵🇸 (@AsyrafffMuhd) February 8, 2023
No wonder ada rasa extra sedap makanannya, ada pembantu, cousin Mickey Mouse buat part time sini🤭
— Nora Ismail (@noraval2017) February 9, 2023
Service out. Makanan lambat gila sampai pastu yg bersihkan meja sorang je itupun dia dah macam tak larat sangat dah and bayangkan eh nak masuk parking tu pun kena charge. sekali scan tng rm5 dia tolak rasa nak mengamok aku mahal nak mampos
— gorjes (@ynaaisml) February 8, 2023
Hambik kau. Ingat McD kalu besaq sgt ka. Kebersihan utk semua brand. Tahniah KKM. Good Job 👏
— ATN (@AmirTheName) February 9, 2023
Perkongsian yang tular di laman Twitter:
Rare mat. McD Kota Kemuning diarah tutup oleh KKM. First time dalam hidup tengok restoran fast food diarah tutup macam ni. pic.twitter.com/XH1YjGQ4Kn
— Afiq Shari 🇲🇾 (@AfiqShari) February 8, 2023
Kepada yang tanya sebab apa ditutup, ini jawapannya. Ada orang record ada tikus kat kaunter dia.
Dan menurut orang kawasan ni, memang McD ni banyak sangat isu kebersihan sebelum ni.
Mungkin finally Tuhan nak tunjuk kat manager dia yang semua benda di dunia ni berbalas. pic.twitter.com/gbjhHM94Qe
— Afiq Shari 🇲🇾 (@AfiqShari) February 8, 2023
Punya la teruk McD ni, orang2 Kota Kemuning happy gila McD ditutup.
Sumber group Facebook Kota Kemuning pic.twitter.com/GVbLyrlpLx
— Afiq Shari 🇲🇾 (@AfiqShari) February 8, 2023