Sangka Daging, Lelaki Terkejut Ada Kain Basuh Pinggan Dalam Steamboat Buat Ramai Loya!

Isu terjumpa bendasing dalam makanan di kedai makan ini bukanlah satu perkara yang baru malah ada juga yang menjumpai ulat, lipas, tali mop, helaian rambut dan bermacam lagi.
Iospital phone repair gombak
Ini sekaligus mencetuskan tanda tanya ramai bagaimanakah tahap kebersihan sesetengah kedai makan? Apakah penyedia makanan langsung tidak menitik beratkan soal kebersihan?

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda dan rakannya berkongsi pengalaman pahit ketika makan steamboat mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Baidu, difahamkan mereka sedang menjamu selera di sebuah kedai makan namun terkejut apabila menjumpai kain basuh pinggan dalam steamboat yang dipesan.

Pada awalnya, mereka mencari kedai makan kerana agak lapar setelah perlu bekerja lebih masa pada hari tersebut.

Mereka memesan steamboat untuk dua orang makan yang berjumlah CNY213 (kira-kira RM339).

Sebaik saja makanan itu sampai, mereka pun membuka bekas makanan tersebut. Rakan Ning mengesyaki warna supnya kelihatan lain daripada sebelum ini. Dia kemudian menanyakan rakannya sama ada mereka tersalah pesan sup cili kepada sup tomato, namun rakannya menidakkan.

Selepas itu, dia cuba minum sup itu. Kemudian, apabila dikacau supnya itu, dia mendapati adanya tekstur berat yang berbulu di dalam supnya itu.


Tidak mahu berfikiran negetif, mereka menganggap ianya daging lembu namun setelah di keluarkan, mereka terkejut rupa-rupanya itu adalah kain basuh pinggan!

Sekadar info, kini pekerja berumur 19 tahun yang membuat kesilapan itu telah dipecat. Pekerja itu dipercayai tidak sihat pada hari tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui geli melihat perkara tersebut malah seakan tidak percaya perkara seperti itu berlaku

Antara komen wargamaya:

“A trus nightmare”

“I can’t believe something like this can happen”


“Blaming an employee for their carelessness.. Sick workers should not be handling food”

Video yang tular di Youtube:

Fuhhh kalau macam ni hilang selera makan seminggu..