Jumpa Lipas Dalam Makanan, Cara Gadis Ini Tegur Peniaga Buat Ramai ‘Salute’!

Tidak dinafikan makan di gerai tepi jalan sangat sedap bajkan ianya menjadi pilihan ramai kerana harganya yang murah dan berbaloi.
Iospital phone repair gombak
Bukan itu sahaja, ianya juga terdapat pelbagai jenis pilihan dari segi lauk pauk. Jadi tidak hairan lah kalau ada gerai yang sememangnya penuh dengan pelanggan.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis berkongsi video dimana dia menemukan serangga di dalam makanannya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @at_bie, dia memesan makanan di salah sebuah gerai di situ.

Apa yang mengejutkannya, dia terjumpa seekor lipas setelah makanan tersebut hampir habis.

“Masa ni tengah live.. reaction abang ni masa tu macam penampakkan mak limah.. nak habis makan baru perasan ye sayang sayangku..”

“Abang kata tak nampak.. saya lagi tak nampak sebab makan dalam gelap.. serangga tu pun malu duduk nyorok belakang udang.. takpelah bang.. as long abang lepasni hati-hati”


Namun apa yang membuatkan ramai kagum adalah wanita ini menegur peniaga berkenaan dengan sangat baik dan sopan.

“So cerita dia bang, kalau boleh hati-hati lah bang”. Itu antara nasihatnya kepada peniaga dengan suara yang lembut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui ianya dapat menjadi contoh kepada orang lain tentang adab menegur seseorang.

Tidak cukup dengan itu, netizen turut memuji sikap peniaga yang menerima nasihat dengan hati terbuka dari pelanggan

Antara komen warga maya:

“Respect cara dia tegur.. siap senyum lagi hahaha”

“Baiknya cara menegur.. kalau kaklong 7E mampus terangkat meja kedai tu”


“Bagusnya cara awak tegur dia tanpa tunjukkan muka dia and dia pun humble je minta maaf.. salute & respect”

“Harap peniaga n tukang masak tu utamakan aspek kebersihan..”

“Kadang2 kes gini.. time masak dah hati2.. pastu masa nak bawa ke meja tu.. kebetulan binatang tu lompat masuk.. pengalaman kerja kedai makan..”

“Bayangkan kalau makcik onion yang jumpa.. 2-3 tahun pun masih dia membawang pasal tu..”


Video yang tular dilaman TikTok:

@at_bieSemenjak kejadian lipas terbang , segala serangga sangat berminat dengan aku 🥲

♬ original sound – At_Bie – Bie