Viral Permaian Di FunFair Cameron Highland Hampir Terbalik Buat Ramai Kecut Perut!

Bercakap sahaja tentang FunFair, pasti ramai yang terngiang pelbagai permainan yang ada di sana. Seperti yang kita tahu, ada permainan yang sesuai untuk budak-budak malah ada juga permainan ekstreme yang sesuai untuk dewasa.
Iospital phone repair gombak
Tentunya ia merupakan tempat yang menarik untuk kita meluangkan masa dengan keluarga ataupun rakan selepas penat ‘melayan’ urusan seharian.

Pun begitu, sejak akhir-akhir ini banyak kes permainan di funfair yang gagal berfungsi dengan baik dan telah membahayakan nyawa orang.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana beberapa pengunjung berdepan dengan tragedi hitam ketika bermain salah satu permainan di FunFair mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @naylanafeesa2, dapat kita lihat sebuah permainan buaian pusing hampir terbalik dan meragut nyawa beberapa remaja.

Difahamkan kejadian berlaku di Centrum, Cameron Highland dan pada awalnya ia kelihatan biasa sahaja sehinggalah permainan tersebut tiba-tiba tidak seimbang dan hampir terbalik.

Perkara itu terjadi kerana mereka duduk di bahagian yang sama dan tidak menjarakkan kedudukan. Menurut si perakam, orang yang menjaga permainan itu yang menyuruh mereka berbuat demikian.


Bagaimanapun, mereka sempat membuka ikatan tali dan turun dari permainan tersebut dan tiada siapa yang cedera.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen seram melihat situasi tersebut sekaligus menghembuskan nafas lega apabila tiada kemalangan jiwa yang direkodkan gara-gara tragedi tersebut.

“Ya Allah, nasib baik baru mula pusing. Bayangkan kalau masa tengah laju. Semua ok tak tu?” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap pihak pengurusan lebih teliti dalam isu keselamatan orang awam dan memastikan permainan berkenaan berada dalam keadaan baik.

Antara komen wargamaya:

“Benda tu boleh bukak gitu je ke? takde lock”

“Sepatutnya ikutkan jarak duduk, ni semua kat situ.. memang boleh terbang jadinya.. tetiba fobia pula nak naik natang ni..”


“Nasib baik laa.. kalau tak naik kat situ turun alam lain..”

Video yang tular di laman TikTok:

@naylanafeesa2 MoHON VIRAL KAN !!! KEJADIAN BERLAKU DI CENTRUM CAMERON HIGHLAND PADA MALAM TADI PADA HARI JUMAAT LEBIH KURANG JAM 11 MALAM. HATI-HATI PADA SESIAPA NAK BAWAK ANAK KESANA DI MUSIM CUTI SEKOLAH INI. #kuasaviral #trandingvideos #fypシ #centrumcameron #fyp #GenshinImpact33 #utusantvofficial #ipdcameronhighland ♬ bunyi asal – faezatulain815 – ❤️❤️BABY MANJA❤️❤️