“Another level” Nasi Lemak Dijual Macam Baju Bundle, Cara Peniaga Ini Raih Perhatian Ramai!

Seperti yang kita sedia maklum, kini terdapat pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk melariskan sesuatu jualan.

Iospital phone repair gombak

Dengan adanya kewujudan media sosial, ini akan mampu menarik ramai pelanggan walaupun jauh jaraknya.

Sama seperti kisah baru-baru ini di mana seorang peniaga nasi lemak sedang membuat ‘live’ sambil menjual seperti ‘baju bundle’.

Difahamkan dia hanya perlu membuat ‘live’ di laman TikTok dengan hanya memberitahu lokasi kedainya, lalu pelanggan akan menempah nasi lemak daripada ‘live’ tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hanaezydeals itu, kelihatan peniaga itu sedang mengasingkan nasi lemak mengikut pesanan yang telah ditempah oleh pelanggan melalui ‘live’ berkenaan.

“Nak nasi lemak telur dua, nasi ayam tiga.

“Tambah satu lagi, untuk ayam empat.

“Saya dah lock dah nasinya,” katanya dalam ‘live’ tersebut.

Beberapa detik kemudian, kelihatan satu kereta putih menuju ke gerai peniaga nasi lemak tersebut lalu mengambil pesanan yang telah ditempahnya menerusi ‘live’ pada waktu sebelumnya.

“Saya yang lock tadi,” kata pelanggan wanita itu di dalam keretanya untuk ‘pickup’ sahaja.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan cara peniaga nasi lemak ini melariskan jualannya persis seperti menjual baju bundle.

Malah ada juga yang mendoakan agar bisnesnya itu akan terus kekal sukses.

Antara komen netizen:

“Wahhh lain macam meniaga nasi lock dlm live ni. 😂😂 Another level”

“Ingat baju bundle je lock2 dalam live😭😭 cayalah bang”


“uyooo lock dlm live pastu tinggal pickup je HAHAHAHAHA baik dho bang🤣”

“Tapi lock2 mcam ni lagi best. Sambil2 tu kita communicate dgn peniaga. Peniaga pun tak boring tnggu tepi jalan mcam tu hahahaa pape pun moga maju abg!”

“lock nasi lemak mcm tgh lock baju kt live 😂😂 semoga d murahkn rezeki slalu bng”

“alhamdulillah. rezeki itu boleh datang dari semua arah. kita je jgn sombong dgn Dia”

Video TikTok yang tular:

@hanaezydeals Nasi kene lock #fyp #hanabreakfast #breakfastrm2 #kuantanpahang #pejuangsubuh ♬ original sound – Hana Breakfast