Hampir Panjat Pokok Kelapa Sawit, Pegawai JKM Terperangkap Atas Bumbung Kereta Akibat Banjir

Hujan lebat tanpa henti di negara kita menyebabkan beberapa kawasan kini dinaiki air malah ada juga yang berada di paras bahaya. Susulan perkara tersebut orang ramai diminta lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Iospital phone repair gombak

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Batu Pahat, Johor, berdepan dengan detik cemas apaila kenderaan pacuan empat roda dinaiki hampir tenggelam akibat air banjir mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang tular, dapat kita lihat pegawai JKM berkenaan terperangkap dalam lautan air banjir di dalam sebuah kebun kelapa sawit lalu jerit meminta pertolongan sebelum diselamatkan oleh bot peronda.

Memetik laporan Harian Metro, pegawai JKM dikenali Siti Nadiah Mardi, 36, menceritakan detik cemas yang dialaminya bersama rakan sekerja dan pemandu kereta berusia 46 tahun.

“Kebiasaannya kami membantu mangsa namun pada kali ini kami sendiri berdepan dengan detik mencemaskan apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki hampir tenggelam,” ujar Siti Nadiah.

Difahamkan pasa waktu itu mereka ingin menuju ke pusat pemindahan sementara (PPS) Parit Haji Kamisan namun pacuan empat roda itu dibawa arus deras sehingga hanyut ke tepi ketika merentasi kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Haji Kamisan.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku pada jam 12 tengahari hari ini dan pada awalnya air banjir hanya pada paras sederhan namun semakin tinggi hingga ke paras berbahaya melebihi satu meter.

“Lebih sejam kami berdepan situasi getir dan saya tidak tahu boleh hidup lagi atau tidak.
“Air menghampiri bumbung kereta dan ketika itu kami sudah bersiap sedia berpaut pada pokok kelapa sawit,”katanya.

“Selepas sejam, kami mendengar bunyi bot dan ketika itu kami menjerit meminta bantuan.
“Hanya tuhan saja mengetahui perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” katanya lagi.

Tragedi hitam yang menimpa mereka menyebabkan kesemua barangan yang dibawa dalam kenderaan termasuk makanan, minuman serta borang pendaftaran sudah rosak.

“Ini adalah kejadian kali pertama seumur hidup dan kami tidak akan lupakan dan akan dijadikan iktibar supaya lebih berhati-hati pada masa depan.
“Kami berterima kasih kepada keluarga, kenalan dan rakan sekerja yang mendoakan keselamatan kami,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Pun begitu, dia meluahkan rasa syukur apabila mereka sapat dikeluarkan dengan selamat tampa kecederaan dan tiada kemalangan jiwa yang direkodkan.

Video yang tular di laman Instagram