Viral
Viral Isu Pengurus ‘Kekwat’, Khairul Aming Tampil Mohon Maaf & Akui Terlalu Percaya Rakan Sendiri

Seorang yang digelar selebriti atau influencer sememangnya tidak terlepas dari sebarang kontroversi. Lebih-lebih lagi apabila mereka cukup terkenal dan disukai oleh ramai pihak.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana Khairul Aming telah tmenjadi bualan ramai gara-gara sikap dan kelakuan pengurusnya.
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @_NazriH , dia meluahkan perasaan tidak puas hati dan berang ketika berurusan dengan pengurus Khairul Aming.
Difahamkan, seorang pengguna Twitter yang bernama Naz ini menyifatkan pengurus tersebut berkelakuan ‘kekwat’ dan ‘puaka’.
Susulan isu tersebut, personaliti media sosial itu telah tampil membuat permohonan maaf terhadap pengguna tersebut dan segelintir pihak yang telah berhadapan dengan pengalaman ‘buruk’ yang kurang menyenangkan ketika berurusan.
Walau bagaimanapun, Khairul Aming juga menjelaskan bakal memperbaiki hal pengurusannya pada masa akan datang di bebenang laman Twitternya.
Dia telah memadam nombor pengurusnya di platform media sosial dan menyatakan dia sendiri akan mengurus segala pertanyaan tentang kerja sehingga mendapat pengganti yang baru.
Dalam pada masa yang sama, Khairul Aming mengatakan akan berhenti buat seketika untuk menghasilkan video klien, termasuk produk makanan, restoran, seminar dan lain-lain.
Malah mahu memberi fokus kepada minatnya dari 7 tahun lepas adalah untuk membuat video masakkan.
Menurutnya lagi, anak kelahiran Kelantan ini mengakui kesilapnya yang terlampau mempercayai kerja-kerja yang diurus tanpa melakukan sebarang pemerhatian kepada kualiti kerja sehingga ramai orang menerima ‘bad experience’ dengan pegurus berkenaan.
Segelintir pihak juga memberikan nasihat agar Khairul Aming mengasingkan hubungan kawan dan kerja bahkan dia juga bersetuju kerana selama ini dia ‘struggle’ dengan isu tersebut kerana pengurusnya itu juga merangkap sebagai rakan yang pernah banyak menolong dari permulaan.
Akhir kata, dia sekali lagi memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan menerima pengajaran serta cuba memperbaiki diri.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberi pujian kepada Khairul Aming yang menerima teguran dengan hati terbuka. Bukan itu sahaja, ada segelintir yang mengatakan pernah menjadi mangsa yang menerima layanan buruk dari pengurusnya.
Antara komen warganet:
tahniah KA terima teguran dengan hati terbuka. betulkan apa yang negatif from your side. people still love you and like what are you doing. never give up!
— / (@xdidiandrax) September 9, 2022
kawan tu tetap kawan. Personal n keje/biz jgn campur. Korg2 klu nak jdi biz partner / PA / Manager etc kepada bff, treat kwn tu as boss not as friend bila dlam biz. Luar biz kwn cam bese la. Atau kekal as friend je. Be professional or tak payah lgsung.
— & as (@NaiWanToo) September 9, 2022
Conflict of interest yang amat menakutkan..
Bekerja dgn family & kawan2, benda mcm ni lah yang boleh buat hubungan baik jd berantakkan..I percaya KA boleh berdepan dgn masalah ni professionally.
It’s important to delegate tasks. But, jgn lupa monitor juga.
— Azim K.Zaman (@azim_kzaman) September 9, 2022
Pnah gak cuba contact PA dia sbb nak offer pasal events, smpai ke harini tak reply
— Shaa_teu hi (@Shxmiemie) September 9, 2022
Perkongsian yang tular:
Ramai juga rupanya berhadapan dengan PA Kekwat kepada influencer Hey Whats Up Guys ni. Dari fans dia, terus aku unfollow semua account dia sebab mulut puaka PA dia.
Kekwat nak mampos. Aku contact Manager Tokti pun tak kekwat mcm kau.
— Naz (@_NazriH) September 7, 2022
hi Naz, thank you for the feedback. saya mohon maaf for the bad experience you had with my manager. i overlooked this matter sebab saya delegate all communication with clients to him. I will go through all remaining queries personally and will sort out this matter asap
— Khairulaming (@khairulaming) September 8, 2022
Regarding issue semalam, ini wayforward for improvement:
1) i have removed all manager’s contacts from social media. for now i sendiri akan manage all inquiries until ada new replacement
— Khairulaming (@khairulaming) September 9, 2022
You may like
Popular

“Anak Bertuah” – Bawa Balik Makanan Jamuan Untuk Ibu, Tapi Letak Mee Tanpa Bekas Dalam Beg Sekolah

“Jem Terus Macam Mana Nak Mandi” – Terkejut Design Tandas Hotel Lut Sinar, Reaksi Geng Lelaki Ini Buat Netizen Terhibur

Ibu Bapa Ini Buat Persiapan Raya Dengan Hiasi Pusara Anak Bertemakan “Hello Kitty”

Netizen Geli Hati Tengok Cubaan Murid Perempuan Menculik Kucing di Sekolah Gagal, Siap Nak Seludup Dalam Beg!

Burger Malaysia Versi Ramadan, Roti Liat Dicalit Sos, Inti Ikan Bilis Hangit! Sayur Langsung Tak Nampak Bayang
