Tidak Dibaik Pulih Walau Masuk Dibayar, Lelaki Kesal Taman Monumen Terengganu Semakin Teruk

Taman Monumen Terengganu atau dikenali sebagai Taman Tamadun Islam merupakan salah satu tempat menarik yang patut dikunjungi jika anda melawat ke Kuala Terengganu. Taman monumen yang unik ini menempatkan pelbagai koleksi replika masjid dan monumen menarik tentang dunia seni bina Islam di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular di laman TikTok memaparkan keadaan terkini Taman Monumen Terengganu ini yang dilihat tidak diselenggara dengan baik.

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh pengguna @aryl_je di laman TikToknya, dapat kita lihat bahawa kawasan di sekitar Taman Tamadun Islam itu tidak diurus dengan baik.

Bukan itu sahaja, malah bangunan juga banyak yang rosak dan ada yang telah ditutup untuk proses baik pulih infrastruktur tersebut.

Susulan kejadian itu, pengguna TikTok ini berasa terkilan kerana masuk melawat ke tempat tersebut bukannya percuma tetapi berbayar.

“Masjid macam ni, korang bagi berlumpur-lumpur, dah retak sana sini. Bukannya masuk percuma.

“Malu lah kat pelancong luar.” terangnya dalam video berkenaan.

Difahamkan, pengunjung perlu membayar sebanyak RM 20 untuk tiket masuk taman monumen ini.

Padanya, destinasi tarikan pengunjung ini sepatutnya dijaga dan dipulihara sepenuhnya secara tak langsung dapat menjaga imej pusat pelancongan negeri tersebut.

“Bukannya ni tempat masuk percuma, tapi berbayar. Kenapa kau tak ‘maintain’?

“Inilah, bila benda buat lepas itu taknak ‘maintain’. Sepatutnya setahun sekali you amik proses tutup, maintain balik monumen-monumen yang ada,” tambah pengguna TikTok itu.

Terdapat 5 klip video yang telah dimuat naik di laman TikTok pengguna @aryl_je yang memaparkan keadaan terkini kawasan yang pernah menjadi kebanggaan pusat pelancongan di Terengganu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Aryl mengenai monumen itu haruslah dibaik pulih dan bersetuju untuk menularkan video-video tersebut bagi pihak yang bertanggungjawab’ segera menjalankan ‘tugas mereka yanng sepatutnya.

Antara komen netizen:

“Kalau xde org bsuara makin teruk tempat nii..bagus tuan berani bsuara..sayang la binaan mahal² terbiar mcm ni”

“Betul tu bang, saya dari johor haritu datang, bila mak ayah tanya kena mcm tak terjaga tapi masuk bayar rm20, terkelu lidah nak kata apa,”


“haritu pergi siap sewa 🚆 tambah berapa rm tah mahal gak..sedih gak aa tgk hahaha..dgn ada biawak besar² scary woo”

 

Video TikTok yang tular:

@aryl_je Bila orang tak melancong dalam negara marah… Tapi…#efwaipi #terengganu #tamanmonumenterengganu ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

@aryl_je Replying to @Saya Bukhori ♬ original sound – aryl_je

@aryl_je Replying to @nazzan8 ♬ original sound – aryl_je

@aryl_je Replying to @lily Kalau dijaga lagi cantik 🫢🫢🫢 #fyppppppppppppppppppppppp #efwaipi #tamanmonumenterengganu ♬ Arabic – Instrumental – Akash Bawa

@aryl_je Replying to @Nursyafizah Razak Ni view sebelum saya sampai ke location masjid tu. Tak guna drone, cuma binaan dalam ni semua replika dari masjid sebenar… #efwaipi #masukberanda #tamanmonumenterengganu ♬ Islamic Background Sound – Ashik (Internet Celebrity)