Kos Bina Rumah Tinggi, Wanita Ini Tekad Buat Rumah Sendiri Buat Netizen Kagum

Seperti yang seringkali kita lihat, kerja pertukangan selalunya akan diserahkan kepada kaum lelaki. Manakan tidak, bagi mereka, wanita ini terlalu ‘manja’ untuk kerja-kerja seperti itu.

Bagaimanapun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini memilih untuk seorang ibu tunggal ini memilih untuk membina sendiri sebuah rumah berkeluasan 1,200 kaki persegi tanpa mempunyai apa-apa pengalaman.

Manakan tidak, harga barang binaan yang semakin meningkat di samping kos pertukangan yang tinggi membuatkan ibu tunggal ini lebih memilih untuk mengerah tenaganya sendiri.

Memetik laporan mStar, Auni Hazwani Faizun berkata, keputusan tersebut dibuat selepas dia dimaklumkan kos untuk membuat kandang kambing sahaja sudah hampir mencecah RM10,000.

“Saya tak pernah tanya tukang rumah berapa jumlah keseluruhan kalau nak buat rumah, tapi yang pasti kos bahan mentah semua mahal kerana harga barang naik… kalau upah lagi la (mahal).”


“Sebab sebelum ni ada juga tanya kawan berapa upah kalau nak buat kandang kambing dan dia cakap hampir RM10,000.”

“Disebabkan itu saya ambil keputusan untuk buat sendiri rumah ini,” luahnya.

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, rumah yang sedang dibinanya itu mempunyai dua bilik tidur.

Katanya, kesukaran membuat pinjaman bank menyebabkan pembinaan rumah tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa singkat.

“Dah lama saya rancang nak buat rumah ni iaitu selepas mak bahagikan tanah kepada anak-anaknya.”

“Saya ada enam adik-beradik yang mana empat orang menerima tanah di tempat lain manakala tanah rumah mak dibahagikan kepada saya dan adik. Jadi saya ambil tapak yang ada garaj.”

“Disebabkan tak dapat buat pinjaman bank, saya guna sepenuhnya duit gaji yang diperolehi daripada mengajar al-Quran dan fardu ain di asrama.”

“Waktu pagi saya bekerja sebagai tukang kayu,” ujarnya sambil menambah kedua-dua pendapatan yang diperoleh tidak dapat membantunya membuat pinjaman perbankan.

“Saya mula sejak September tahun lepas dengan menaikkan tiang rumah… bahagian ini saya dapatkan pertolongan daripada ayah dan adik kerana tiang berat.”

“Pada masa tu dah ada ikat bata tapi terhenti sekejap sebab saya di masukkan ke hospital.”

“Jadi, 27 Ogos lalu baru saya mula balik buat dinding dapur yang tergendala sebelum ini,” luahnya yang merupakan graduan Diploma Dakwah dan Pengurusan.



Walaupun tiada pengalaman dlam membina rumah, wanita ini menjadikan YouTube sebagai tempat rujukan dan mengutip pengalaman daripada bapanya yang pernah melakukan kerja ubah suai dapur rumah.

“Pengalaman tak ada, tapi sebelum ini pernah ubah suai dapur rumah mak dan abah ikat bata sendiri. Jadi Daripada situ saya belajar kerana saya hanya kerja buat kabinet sahaja.”

“Pada masa sama, saya selalu tengok tukang rumah membancuh simen sehingga menaikkan dinding,” jelasnya yang menjangkakan rumahnya siap pada tahun hadapan.

“Nak kata susah buat tu, tak sangat sebab saya dah biasa dengan benda lasak… yang berat cuma bancuh simen, tapi saya buat dalam kuantiti yang sedikit sahaja.”

“Alhamdulillah, dinding dapur berjaya disiapkan dalam tempoh tiga hari. Bahagian lain akan saya siapkan mengikut kewangan semasa,” tambahnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-raa warga netizen kagum dengan usaha wanita ini malah ada juga yang turut memuji hasil kerjanya yang dikatakan agak kemas.

“Ni baru betul hantaran RM20,000. Mak saya pesan… nanti cari yang macam ni.

“Alamak! Lagi cantik dia ikat bata daripada aku. Saya pun buat rumah sendiri je.

“Untung dapat bini (isteri) macam ni, bawa keluar modal beli barang… rumah dah siap,” ujar beberapa netizen.

Video yang tular di laman TikTok:

@wanifaizun PART 1 : Dinding Dapur ✅ #diy #smallhouse #rumah #rumahkoi21 #fyp #fypシ #fypage ♬ Yang Penting Halal – Wali