[VIDEO]Sebak Kongsi Derita, Eina Azman Tidak Kekok Masuk Kampung Bantu Orang Susah

Datin Paduka Eina Azman antara selebriti yang disenangi ramai dan dikenali dengan perwatakannya yang merendah diri.

Beliau juga merupakan seorang isteri dan ibu yang sering berkongsi resepi memasak dengan pengikut di laman sosial.

Ibu kepada dua orang anak ini sering tampil cantik menarik dan beliau juga mempunyai 1.8 juta pengikut di laman sosial Instagram miliknya.

Cantik, pandai masak dan baik hati pula

Sementara itu menerusi satu perkongsian di Instagramnya, beliau berkongsi pengalamannya membantu mereka yang memerlukan.

Pelakon cantik tinggi lampai ini bersama suami dan rakanya telah tampil membantu tiga keluarga yang kurang berkemampuan .

Datang menziarahi keluarga yang memerlukan di sekitar Kelantan

Selain itu, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman telah berkongsi sebuah video ketika mereka datang menziarahi keluarga sekitar Kelantan.

Pelakon berusia 24 tahun itu dilihat turut sebak dan tidak dapat menyembunyikan rasa itu apabila melihat keadaan daif dan serba kekurangan keluarga berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum semua.. Alhamdullilah haritu Eina, husband @datopadukakaiser dan sahabat dato @bard.hanief dan kak @farasharina berkesempatan untuk melawat dan membantu 3 keluarga susah di Kelantan. Luluh dan sebak hati melihat keadaan mereka Buat anda yg mahu membantu ringankan beban keluarga-keluarga ini, boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank di bawah atau boleh menghubungi talian di bawah. Kepada yang mungkin tidak mampu membantu dari segi kewangan, minta jasa baik anda untuk doa kan mereka ya.. Rumah No 1 0179709194 – Fateha 0301041100020991 – BSN (Che Siti Fatihah bt Jaafar) Kampung Kedai Buloh, Jalan Kuala Besar 15350 Kota Bharu Kelantan Rumah No 2 01124544197 – Umi 0310829000087596 – BSN (Mohd Zain b Abdullah Jaafar) Kampung Kok Keli 1, 16040 Palekbang Tumpat Kelantan Rumah No 3 0199675616 7064541685 – CIMB (Nor Atikah Adila bt Ibrahim) Lot 251 Jalan Masjid Lama Kg Laut 2, Palekbang 16200 Tumpat Kelantan

A post shared by (@eina_azman) on

Luluh dan sebak melihat keadaan mereka

“Assalamualaikum semua. Alhamdullilah haritu Eina, husband @datopadukakaiser dan sahabat dato @bard.hanief dan kak @farasharina berkesempatan untuk melawat dan membantu 3 keluarga susah di Kelantan”.

“Luluh dan sebak hati melihat keadaan mereka, buat anda yg mahu membantu ringankan beban keluarga-keluarga ini, boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank di bawah atau boleh menghubungi talian di bawah”.

“Kepada yang mungkin tidak mampu membantu dari segi kewangan, minta jasa baik anda untuk doa kan mereka ya”.

Tidak kekok duduk bersila dan berbual dengan tuan rumah

Datin Paduka Eina Azman juga dilihat tidak kekok beramah mesra walaupun sinonim dengan kehidupan yang serba mewah.

Kelihatan beliau juga duduk bersembang di atas lantai sambil berbual santai dengan tuan rumah serta menghulurkan makanan untuk anak-anak kecil.

Rata-rata netizen terharu dan memuji keiklasan beliau dan kagum dengan sifat prihatin dan pemurah dalam membantu golongan yang memerlukan.