[VIDEO] “Senyuman dalam kesakitan” Zizan Razak Cedera Semasa Penggambaran?

Pelakon popular Zizan Razak yang kini sibuk dengan penggambaran filem Polis Evo 3 dilaporkan cedera.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Zizan berkongsi gambar tangannya berbalut disertai dengan caption “senyuman dalam kesakitan”

“Semyuman dalam kesakitan. Harap cepat sembuhlah Zizan Razak. #polisevo3 #zizanrazak #pe3 “

Perkongsian Zizan mendapat perhatian para peminat dan rakan artis.

Malah, Sharnaaz Ahmad turut meninggalkan komen dengan memohon maaf kepada Zizan Razak.

“Sorry zan” – Sharnaaz Ahmad

Rata-rata para peminat mendoakan kesihatan Zizan Razak dan tak sabar untuk menunggu kemunculan filem tersebut.

Filem Polis Evo 3 kini sedang dalam penggambaran dan akan menampilkan Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai dan Zizan Razak sebagai Inspektor Sani.

FIlem Polis Evo 3 turut mengembalikan watak adik Inspektor Sani yang digalas oleh Nora Danish.

Malah, ramai wajah-wajah popular lain yang bakal membintangi filem ini seperti Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi, Eyka Farhana, Farali Khan dan ramai lagi.

Untuk rekod, filem Polis Evo 2 yang ditayangkan tahun lalu mendapat kutipan pecah panggung lebih RM20 juta.

Filem Polis Evo pula yang ditayangkan sekitar tahun 2015 meraih kutipan RM17.8 juta.