“Mahu buka kedai untuk isteri” Menang 100k, Juara Mentor Apex Mahu Ubah Nasib Keluarga

Pada malam semalam telah berlangsung Konsert Akhir Mentor Milenia 2019 yang memperlihatkan kehebatan empat orang protege.

Empat protege yang bertanding telah dibimbing oleh mentor masing-masing yang memberikan persembahan terbaik dan memperlihatkan juara memihak pada Protege Hazama.

Peserta yang layak ke Konsert Akhir Mentor Milinea

Antara mentor yang bersaing di pentas akhir kali adalah Hazama (Apex Tajudin), Stacy (Rika Riana), Black (Aedy Kama) dan Ernie Zakri (Daus Husny).

Pada malam itu, Mentor Hazama dan protegenya iaitu Apex Tajudin telah menggondol gelaran juara dengan persembahan yang memukau peminat dan juri.

Hadiah yang dibawa pulang

Juara Mentor Milinea 2019 pada kali ini membawa pulang Rm100,000 dan trofi serta motosikal.

Sementara itu, Apex atau nama sebenarnya Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tadjudin, 23, membawakan lagu Merisik Khabar dan Fantasia Bulan Madu duet bersama mentornya.

Apex Tadjudin atau nama penuhnya Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tadjudin, 23, berazam menunaikan janjinya untuk membawa orang tersayang mengerjakan umrah selepas memperoleh wang kemenangan sebanyak RM100,000.

Bawa keluarga menunaikan Umrah

Apex ketika ditemui berkata, dia memang menyimpan hasrat untuk mengerjakan umrah bersama dan bersyukur kemenangan memihak padanya.

“Pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah kerana memberi rezeki ini. Saya berbesar hati kerana sebelum ini tidak pernah memasuki mana-mana program realiti dan apabila sampai ke tahap ini, saya sangat berbangga”.

 

View this post on Instagram

 

Ucapan sang Juara!!! Terbaik lah @apextajudin. Semoga maju jaya dalam industri muzik Malaysia!!! Tahniahhh!!! #mentormilenia2019

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

 “Niat asal memasuki Mentor Milenia 2019, saya nak bawa ibu bapa, isteri, dan ibu mentua mengerjakan umrah. Saya juga ada perancangan untuk buat majlis makan bersama peminat di Terengganu sebagai tanda terima kasih,” katanya pada Harian Metro

Berazam mahu mengubah nasib keluarga di kampung

Beliau turut berazam untuk mengubah nasib keluarganya dan mahu mengembangkan perniagaan nasi lemak yang diusahakan isterinya di kampung halaman.

“Saya benar-benar berharap kejayaan ini bakal mengubah nasib keluarga saya kepada lebih baik. Apalagi saya cuma seorang penyanyi jalanan dan isteri peniaga nasi lemak kecil-kecilan”.

“Pertamanya, saya akan mencari rumah sendiri memandangkan sekarang masih tinggal bersama mentua”.

Mengembangkan jualan nasi lemak isteri di kampung

“Saya juga mahu membuka kedai untuk isteri saya mengembangkan jualan nasi lemaknya yang sekarang cuma dijalankan di gerai depan rumah saja,” katanya.

Beliau telah melakar kenangan manis apabila muncul sebagai juara Mentor Milenia 2019 yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.

Selain itu, Apex yang juga protege kepada mentor, Hazama, meraih RM100,000 tunai berserta trofi, dan dua buah motosikal Benelli RFS 150i.

Beliau juga dihadiahkan lagu pertamanya ciptaan Faizal Tahir berserta video muzik dan dijadikan lagu tema drama di TV3, waktu promosi TV dan radio bernilai RM500,000, dan dokumentari pendek kisah sepanjang di Mentor Milenia untuk siaran di saluran YouTube TV3.