“Lebih 5000 Unfollow Aku Dekat Instagram” Gara-Gara Ikram Fans Fizo Omar Lari

Adellea Sofea merupakan sebuah drama yang kini sedang ditayangkan. Pastinya peminat drama tanah air tidak sabar menunggu episod yang semakin mendebarkan.

Drama tersebut dibintangi oleh Mira Filzah, Ungku Ismail, Jasmin Suraya, Fizo Omar, Bella Dally, dan barisan pelakon yang lain.

Namun begitu, tidak disangka pelakon Fizo Omar mendukung watak sebagai Ikram menerusi drama bersiri itu turut menarik perhatian ramai.

Fizo Omar hilang 5000 pengikut di Instagram

Menurut Fizo Omar, peminat drama Adellea Sofea turut memberi impak kepada dirinya dan tidak menyangka peranannya dalam drama itu menjadi.

Difahamkan, watak Ikram yang telah dibawa oleh Fizo Omar telah memberi kesan kepada akaun Instagramnya apabila beliau kehilangan  lebih 5000 pengikutnya di akaun Instagram.

Menurut pelakon kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu, ia berlaku mungkin disebabkan lakonannya di dalam drama Adellea Sofea yang ditayangkan di slot Akasia, TV3 itu.

Penangan Ikram

“Penangan Ikram! Lebih 5000 unfollow aku dkat ig bro!! Hhahha..tuan director @budakijat gelakkan aku siot”.

“Ni abg punya pasal lah…hahhaha. btw tqvm @budakijat yang menjahatkan ikram dan mengasah aku dkat set tqvm bang”.

Nanti habis Adellea Sofea jangan lupa follow balik 

“P/s : yang dah unfollow tu jangan emo sangat yea, nanti dah habis #adelleasofea ni korang follow aku balik yea..hahhaha”.

“Lagi 2 hari je pastu aku taubat dah! And aku sanggup berubah kalau dapat sofea!,” tulisnya lagi”.

Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram, beliau turut berkongsi paparan perbualannya dengan pengarah drama berkenaan, Shahrulezad Mohameddin yang ‘direpost’ kembali.

Sementara itu, rata-rata peminat memberi pelbagai reaksi di ruangan komen perkongsian bapa tunggal ini.