Ketika seluruh rakyat Malaysia menyaksikan Final AFF Suzuki Malaysia menentang Vietnam, Datuk Fizz Fairuz dan isteri Datin Almy Nadia telah selamat menimang anak ketiga, malam tadi.
Fizz Fairuz sendiri telah mengumumkan khabar gembira itu di Instagram miliknya.Dalam perkongsian itu, Fizz turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan buat isterinya.
“Alhamdulillah, isteri saya dah selamat bersalin anak kami yg no 3. Terima kasih atas semua yang mendoakan amin,”
Dalam masa yang sama, Fizz tidak ketinggalan menyanyikan lagu khas buat Harimau Malay untuk menetang Vietnam malam tadi.
Fizz menyanyikan lagu Ekor Harimau Malaya dengan liriknya diubah disesuaikan dengan keadaannya yang menunggu isteri bersalin di hospital.
Fizz dan Almy pernah mengumumkan bakal menimang anak ketiga menerusi laman Instagramnya pada 2 Mei yang lepas.
Sebelum ini, Fizz dan isteri selamat mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata, Nur Afrina Arianna dan Nur Afirna Aurora serta anak angkat Nur Afrina Darwisya.
Fizz Fairuz juga enggan mengambil peduli kata-kata netizen mengenai bentuk badan Almy Nadia sebelum ini yang dikatakan agak ‘chubby’.
Fizz berkata dia mahu isterinya itu mengamalkan sebarang diet dengan cara yang betul.
“Badan Amy memang naik sebab rangka dia besar. Sebelum kahwin berat dia dalam 52 kilogram dan masa pertama kali hamil berat dia jadi 98 kilogram.
“Bila nak turun tu ambil masa. Dia pernah mencuba kurus tapi saya kata tak payahlah. Kalau nak diet tu dengan cara yang betul.
“Kalau makan pil boleh kurus tapi nanti lemak berkumpul di jantung jadi bahaya. Biarlah macam ni, orang nak cakap apa pun janji dia sihat,” kata Fizz..
Tambah Fizz lagi, dia tidak akan mendesak Almy untuk menguruskan badannya kerana memahami wanita itu sibuk menguruskan anak-anak dan sedang hamil anak ketiga.
“Kalau kita desak, nanti dia pula tertekan. Nak jaga anak lagi, masa tak cukup. Saya nak mengambil pembantu rumah, dia tak nak.
“Takut orang pukul ke buat apa-apa ke. Dia nak jaga sendiri. Masa dia pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari menguruskan rumah. Selepas itu bersama anak-anak.
“Kalau dia nak turunkan berat badan, tunggu bayi ketiga lahir dahulu dan anak-anak dah besar sikit,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fizz memberitahu isterinya mengalami alahan kehamilan awal yang berbeza daripada sebelum ini.
Kata pelakon filem Ratu Kala Jengking ini, Almy menjadi seorang yang pemalas untuk berhias dan bersiap.
“Kehamilan kali ini memang berbeza daripada sebelum. Dia jadi malas nak bersiap dan berhias.
“Kalau sebelum ini, dia suka nak bersolek. Mungkin perubahan awal sebab kandungannya dia pun baru masuk enam minggu,” katanya.
Sumber: Instagram Fizz Fairuz