[Video] “Sebenarnya Netizen Ni, Diorang Ni BENGAP” Tajul Dikecam Lagi

Firstly kalau anda tak kenal siapa Tajul ni, sebenarnya Tajul ni adik kepada Achik Spin dan pernah berduet dengan Wany Hasrita.

Baru-baru ini seorang netizen di Twitter telah memuat naik satu video temu bual wartawan bersama Tajul selepas Tajul tersingkir dari Big Stage.

Semasa temu bual di antara Tajul dengan wartawan tu, Tajul ada mengatakan yang netizen ni ‘Bengap’.

Wartawan menanyakan tentang isu netizen menyalahkan dia dan menyebabkan peserta lain tersingkir dari pertandingan tersebut.

Tajul berkata dia merasakan netizen ini bengap sebab dah diberi kuasa untuk mengundi artis favorite tapi tak undi dan kenapa nak salahkan dia yang tak tersingkir masa tu?

Tapi yang menyebabkan netizen mula mengecam dan tidak puas hati kerana bahasa yang digunakan Tajul tu agak kasar bunyinya dan mereka mengatakan Tajul ni ada attitude ‘rempit’?

Ada dalam industri pun sebab arwah abang 

Netizen merasakan bahasa Tajul agak kasar dan cara percakapan Tajul sebagai seorang artis tu agak kurang sesuai.

Ada juga yang turut komen, Tajul ni wujud pun disebabkan arwah abangnya Achik Spin. Hmm…admin rasa arwah Achik Spin dulu pun polite je.


Sumber: Twitter

Nampaknya ramai juga netizen yang merasakan cara Tajul menjawab soalan wartawan tu tidak profesional dan kurang ajar.

Kali pertama muncul dengan single duet Di Sana Cinta Di Sini Rindu, ramai memuji gandingan penyanyi remaja Wany Hasrita dan Tajul.

Apatah lagi mereka dianggap Siti Nordiana dan Acik Spin kedua. Selepas itu, muncul pula lagu Rindu Dalam Benci.

Ketika itu ramai mula bersuara dan menyifatkan pasangan duet itu sudah tidak sesuai. Ditambah pula, lagu mereka gagal mara ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik.

Tajul ada mengulas kenyataan yang diberikan oleh rakan duetnya, penyanyi Wany Hasrita yang mengakui gandingan mereka sudah tidak relevan buat masa sekarang.

Menerusi laporan Harian Metro, Wany sudah menyedari perkara itu dan sudah pernah berbincang mengenai hal terbabit.

“Saya pun tak berapa berani sangat nak cakap lebih-lebih isu tersebut, tak mengapalah.

“Rezeki masing-masing, mungkin dia lebih fokus untuk tanggungjawab yang dia dah dapat, Bintang Paling Popular ABPBH 31.

“Jadi, dia kena buktikan kepada orang ramai yang dia jauh lebih baik dari saya,”

Sumber: Lobak Merah