[5GAMBAR] “See u in March my sweet little angel” Comel Sangat ‘Baby Bump’ Zizie Izette. Tahniah!

Isteri Datuk Seri Bung Moktar, Zizie Izette telah mengadakan majlis ‘baby shower’  sempena menanti kelahiran anak ketiga tidak lama lagi.

Zizie juga turut berkongsi gambar-gambar semasa majlis ‘baby shower’ tersebut di laman Instagramnya.

“See u in March my sweet little angel” tulisnya.

Sebelum ini Zizie ada mendedahkan dirinya sedang hamil anak ketiga hanya selepas sembilan bulan melahirkan kembar lelaki pada Disember tahun lalu.

Zizie pada 29 Disember tahun lalu selamat melahirkan anak kembar yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.

Pelakon cantik itu turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, setahun.

Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Tahun 2009.

Jom kita lihat gambar-gambar di sekitar majlis ‘baby shower’ tersebut.


“Memang berisiko, tapi takkan nak gugurkan” – Zizie Ezette akui bimbang hamil semula

Pada awal kehamilan, Zizie Ezette mengakui berasa bimbang dan takut untuk melalui detik untuk hamil dan melahirkan bayi dengan kaedah pembed ahan sekali lagi.

Walaubagaimanapun, Zizie berkata, doktor memberitahu bahawa dia selamat untuk mengandung semula selepas lima bulan bersalin.

“Saya sentiasa mahukan anak lagi tapi saya tidak jangkan ia terlalu awal. Bimbang, takut semua ada” ujarnya

Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan itu mendedahkan dirinya sedang hamil anak ketiga hanya selepas sembilan bulan melahirkan kembar lelaki pada Disember tahun lalu.

Zizie memberitahu kandungannya kini sudah memasuki usia tiga bulan termasuk gambar kit ujian kehamilan yang menunjukkan dua jalur merah menandakan dia hamil.

Dia turut memuat naik gambar bersama anak-anaknya yang lain bagi mengumumkan berita gembira itu.

Zizie dapatkan nasihat doktor tentang kehamilannya.

Dalam pada itu, menjawab soalan netizen berkaitan risiko terhadap kandungannya yang masih terlalu awal, Zizie berkata, dia sudah mendapatkan nasihat daripada pakar berkaitan hal itu.

“Betul memang ada risiko tapi tak kan nak gugurkan pula bila doktor cakap okey untuk mengandung lagi.

“Jadi kita harap dan doakan yang terbaik sahaja,” katanya.

Sumber: Lubuk Maklumat