[VIDEO] “Ya Allah baru hari ni ibu dengar Aafiyah sebut Datuk Siti Nurhaliza” Luah Tok Ti

Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin atau lebih mesra dipanggil Tok Ti merupakan penyanyi nombor 1 Malaysia.

Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan juga ahli perniagaan terkenal di Malaysia.

Penyanyi kesayangan ramai ini sering berkongsi perkembangan terbaru beliau di Instagram bersama pengikutnya.

Comel gelagat Siti Aafiyah sebut Dato Siti Nurhaliza

Selain itu, beliau juga seringkali memuat naik video dan gelagat si comel Siti Aafiyah yang mencuit hati.

Terbaru, menerusi Instagram rasmi peminat Tok Ti @sitizonemy, satu posting comel gelagat Siti Aafiyah  secara spontan menyebut nama ibunya itu Dato Siti.

 

View this post on Instagram

 

hahaha comel aafiyah sebut nama ibu @ctdk “dato siti nurhaliza” 😍. . . 📹 igs @ctdk #sitinurhaliza #sitiaafiyah

A post shared by BY FANS 🇲🇾 (@sitizonemy) on

Gelagat comel anak dan ibu ini

Menerusi video berkenaan, kelihatan Siti sedang mempromosikan tudung yang dipakai sambil mendukung anaknya.

Video berkenaan memaparkan, Siti Aafiyah yang petah bercakap telah menyebut nama Dato Siti Nurhaliza.

Raut wajah Tok Ti teruja 

Lalu, raut wajah Siti tampak teruja apabila anaknya secara tiba-tiba menyebut perkataan itu dengan lancar tanpa diajar-ajar.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdullillah, Nisfu Syaaban malam yang cukup indah ..

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

“Datuk Siti Nurhaliza ke”? Ya Allah baru hari ini ibu dengar Aafiyah sebut nama Datuk Siti Nurhaliza,” ujar Tok Ti dalam tawa.

Video gelagat Aafiyah cecah 10 000 tontonan

Sementara itu, video gelagat comel Siti Aafiyah itu kini sudah mendapat hampir 10,000 tontonan.

Difahamkan, Siti Aafiyah yang kini mencecah usia dua tahun dilahirkan pada 19 Mac 2018 selepas pasangan ini menanti 11 tahun untuk menimang cahaya mata.