“First time nak mencoba ni” Mawar Rashid Nak Cuba Pakai Tudung Bulan Ramadhan, Ini Sebabnya

Menerusi entri terkini milik pelakon Mawar Rashid ada memaklumkan ingin cuba mengenakan tudung sepanjang bulan ramadan tahun ini. Jelasnya, ini ialah percubaan yang pertama kali. “Morning all. Rasa macam nak cuba pakai tudung lah untuk bulan Ramadhan tahun ni.. first time nk mencoba ni. Di samping itu, Mawar turut menitipan ucapan salam ramadan yang bakal [...]

Pelakon Mawar Rashid menerusi akaun Instagram miliknya ada memaklumkan ingin cuba mengenakan tudung sepanjang bulan ramadhan tahun ini.

Menurut Mawar, ini ialah percubaan yang pertama kali baginya untuk menutup aurat di bulan Ramadhan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

“Morning all. Rasa macam nak cuba pakai tudung lah untuk bulan Ramadhan tahun ni.. first time nk mencoba ni.”

Di samping itu, Mawar turut menitipkan ucapan salam ramadan yang bakal disambut esok buat semua peminatnya.

“Besok pun dah nak masuk bulan Ramadhan.. dah nak puasa dah kiteee selamat menunaikan ibadah puasa semua!

“Kat rumah ni kekurangan tudung, boleh tak korang tag kedai tudung yang lawa2 and kedai baju yang stylo2 untuk hijabista gituww.

“Support sikittt! Comment “You can do it Mekwa!” @mawarosehq @makeupbymawarashid #Ramadhan2020 #MekwaHR2020 #mawarosecosmetic #mawarrashid #mawariansofficial,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kejelitaan ibu kepada seorang cahaya mata itu bertudung.

Malah ramai juga yang mahukannya istiqamah dalam menutup aurat kerana ianya adalah kewajiban bagi seorang muslimat.

Mawar Rashid memulakan kerjayanya sebagai peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 bersama-sama dengan Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mimi Lana, Deeba Halil, Balqish Maarif, Fify Azmi dan Syamim Farid dan diundi sebagai peserta kegemaran.

Nama Mawar menjadi trending dalam sekelip mata di media sosial berikutan dia tidak dapat menjawab soalan mengenai perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara ini berkuatkuasa 1 April 2015.

Mawar dikatakan merepek ketika memberikan jawapan kepada setiap pertanyaan mengenai GST.

Mawar kemudiannya mengeluarkan kenyataan mohon maaf atas keterlanjurannya yang kurang berpengetahuan mengenai ekonomi negara.

Mawar Rashid mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob yang merupakan adik kepada penyanyi dan chef selebriti terkenal, Fazley Yaakob pada 9 November 2017.