Amran Tompel Terlantar Perlu Bantuan, Netizen Persoal Mana Keluarga

Pelakon dan pelawak Amran bin Aman Ramlie atau lebih dikenali sebagai Amran Tompel merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia.

Selain itu, beliau juga merupakan anak kepada pelakon, pelawak dan pengarah Allahyarham AR Tompel.

Amran Tompel terlantar sakit

Terbaru, Amran Tompel dikhabarkan terlantar sakit akibat angin ahmar sejak beberapa tahun lalu.

Kini tular di media sosial pelakon yang pernah menghiburkan kita suatu masa dahulu memerlukan sumbangan orang ramai.

Pelakon dan pelawak ini memerlukan sumbangan

Difahamkan, setelah jatuh sakit pada sekitar 2015 Amran Tompel dikatakan hidup dalam serba kekurangan.

Amran Tompel dikatakan tinggal bersama anak lelakinya yang bernama Shafik di Taman Matahari Heights, Senawang.

Turut mendapat perhatian Zarina Anjoulie

Selain itu, menerusi laman Instagram, Zarina Anjoulie turut memuat naik status mengenai Arman Tompel.

Zarina Anjoulie bertanya maklumat lanjut kepada pengguna Instagram mengenai pelakon berusia 69 tahun itu yang berkemungkinan ingin tampil menghulurkan bantuan.

 

View this post on Instagram

 

Does anyone know of this ?

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Posting tersebut mengundang reaksi netizen

Namun begitu, posting dimuat naik oleh Zarina mengundang pelbagai reaksi netizen yang kemudiannya membanjiri ruangan komen pada posting berkenaan.

Rata-rata netizen turut mempersoalkan di mana kelibat ahli keluarga pelakon tersebut yang wujud dalam industri seni untuk tampil meringankan beban.


Sesiapa yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam di 14210020241273 (Shafik) atau hubunginya di talian 017-2123290.