[VIDEO] “Xde kak, tp kalu nk sy masakkan” Fasha Sandha Kongsi Abam Tunaikan Permintaan Mengidam

Dunia hiburan hari ini dikejutkan dengan pemergian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan.

Khabar duka itu telah disahkan oleh isterinya sendiri iaitu Hidayah.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,”

Rata-rata para peminat meluahkan rasa sedih dan mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham.

Tidak ketinggalan rakan-rakan artis turut sama merasai kesedihan itu dan berkongsi momen bersama Allahyarham Abam.

Menerusi perkongsian di Instagram Fasha Sandha berkongsi kemuliaan hati Abam menunaikan permintaanya.

Fasha pada mulanya menghantar pesanan kepada Abam untuk membeli mee rebus.

Abam bagaimanapun mengatakan sudah tidak membuatnya lagi, namun atas permintaan Fasha yang sarat mengandung, Abam tunaikan permintaannya.

“Allahuakbar, Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Jan sebab kak teringin mee ,lepas 2 minggu, Abam dah pi tinggalkan semua.

“Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah selalu…. Allahuakbar

“Jom semua followers kesayanganku, Mohon sedekahkahkan AlFatihah buat insan baik bernama SYED UMAR MOKHTAR ATAU ABAM BOCEY. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin… ”

Slide ke kanan untuk video

Rata-rata para pengikut Fasha terharu dengan kemuliaan hati Abam dan meninggalkan komen takziah buat keluarga Abam.

BACA: [VIDEO] Abam Bocey Meninggal Dunia, Ini Luahan Fad dan Achey

Semoga Allahyarham Abam ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh, InsyaAllah.