[VIDEO] “Ramai sayang kau..” Beratus Orang Hadir Pengebumian Allahyarham Abam

Berpusu-pusu yang datang, itulah gambaran suasana sekitar majlis pengebumian pelawak terkenal Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan. Menerusi beberapa video yang dikongsikan kelihatan kediaman arwah Abam sudah dipenuhi dengan tetamu yang hadir terdiri daripada ahli keluarga, sanak-saudara, sahabat, dan kenalan rapat. Ramai sayang kau bam Menerusi posting di laman Instagram [...]

Masih ramai yang seperti tidak percaya dengan pemergian Abam Bocey ataupun nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.

Allahyarham Abam telah meninggalkan kita semua pada awal pagi Isnin dan disahkan oleh isterinya, Hidayah.

Di sekitar majlis pengebumiannya tadi, boleh dilihat berpusu-pusu orang ramai yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir dan menziarahi jenazah.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan kelihatan kediaman arwah Abam sudah dipenuhi dengan tetamu yang hadir terdiri daripada ahli keluarga, sanak-saudara, jiran tetangga, sahabat, dan kenalan rapat.

Ramai sayang kau bam

Malah, menerusi perkongsian di laman Instagram, beberapa rakan artis dilihat telah hadir sebagai tanda penghormatan terakhir buat Allahyarham.

“Ramai sayang kau bam. Semoga tenang disana.”

 

View this post on Instagram

 

Ramai sayang kau bam. Semoga tenang disana. @abam_bocik

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

Menerusi perkongsian oleh Instagram Sinar, ramai rakan-rakan artis hadir.

“Antara rakan-rakan artis yang turut berada di perkarangan rumah Abam Bocey sekarang ini”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SINAR (@sinar_my) on

Malah, Altimet turut hadir bagi menziarahi jenazah buat kali terakhir.

“@altimet tak dapat menahan sebak dan meminta semua mendoakan Allahyarham Abam Bocey @abam_bocik”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SINAR (@sinar_my) on

Dalam keadaan sebak Altimet mengakui Abam sebagai sahabat yang baik dan memohon orang ramai untuk mendoakan Allahyarham.

Orang ramai menziarahi jenazah Allahyarham sebelum dikebumikan sebentar lagi.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Gombak Utara untuk disolatkan sebelum dikebumikan hari ini.

Semoga segala urusan keluarga Allahyarham dipermudahkan dan sama-sama kita doakan agar Allahyarham ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.