[VIDEO] Wife Minta Suami Iron Tudung, Sekali Berlubang Terus Larikan Diri

Wanita kebiasaannya mempunyai pelbagai jenis tudung yang perlu dijaga dengan baik kerana takut akan kerosakkan pada pakaian tersebut. Jadi, ianya mempunyai cara tersedniri untuk mencuci, menjemur mahupun menggosok tudung itu.

Bila sebut sahaja fasal tudung, orang perempuan ni akan jadi lebih sensitif. Emosi mereka boleh ‘swing’ bila ada yang merosakkan atau terduduk atas tudung mereka selepas selesai digosok.

Sama juga dengan kisah yang tular baru baru ini dimana ‘perang dunia’ hampir berlaku apabila suami kepada wanita ini menggosok tudung sehingga terbakar dan meninggalkan lubang yang agak besar mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @mekkyn_, kelihatan sepasang suami isteri sedang menginap di sebuah hotel. Mereka kelihatan sedang bersiap-siap mahu keluar.

Rakaman tersebut memaparkan juga sang suami yang bertungkus lumus membantu isteri untuk menggosok tudung pink muda kepunyaannya namun apa yang membuatkan isterinya ‘naik hantu’ apabila mendapati tudung kesayangannya itu berlubang gara-gara sang suami yang menggosok.

Setelah dimarahi, suaminya dilihat terus beredar daripada kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang perkara daripada berlaku.

Si isteri tidak berputus asa untuk menggayakan tudung berlubang itu. Mujur, dia masih boleh mengenakan tudung itu dengan menyorokkan bahagian lubang ke arah dalam.

Video yang tular di TikTok:

@ekynrosnyy__nakk perang dunia kaa mcm mana nie???

♬ suara asli – _

@ekynrosnyy__bye melakaaaaa, tudung berlubang pun still onz

♬ DJ Ningguin VAASTE Slow Bolly Remix By Nofin Asia –

Ketika artikel ini ditulis, video pendek berdurasi22 saat tersebut berjaya meraih 181.7K tontonan, 6323 tanda suka, 230 komen dan 161 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri ini yang hampir berperang dek kerana sehelai tudung.

Dalam masa yang sama, para netizen yang terdiri daripada kaum hawa juga menyifatkan perkara tersebut memang benar dan wanita boleh berubah menjadi singa jika tudungnya rosak.

Berikut merupakan komen warga maya: