Pernah Tular Lumpuh Angkara Boyfriend, Gadis Tak Sempat Tuntut Hak Meninggal Dunia

Memandu dalam keadaan mabuk nyata mengundang padah. Bukan sahaja membahayakan diri, malah membahayakan pemandu yang lain dan juga penumpang.

Hal ini kerana, seseorang yang berada di bawah pengaruh alkohol tidak sedar perbuatan yang mereka sedang lakukan.

Dalam kata lain, akal fikiran mereka tidak berada pada tahap yang normal dan boleh menyebabkan kenderaan yang dipandu hilang kawalan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Edelenyi Laura Anna disahkan lumpuh separuh badan setelah terlibat dalam sebuah nahas jalan raya bersama teman lelakinya mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, insiden itu terjadi disebabkan kecuaian lelaki itu sendiri yang sedang ‘lalok’ selepas minum minuman keras.

Apa yang lebih menyakitkan hati, lelaki tersebut yang bernama Gaga Muhammad bukan sahaja enggan bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan itu malah dia juga meninggalkan wanita ini yang masih terlantar dan tidak berupaya.

Tanpa berdiam diri, Laura tampil ke mahkahmah untuk mengemukakan dakwaan sekaligus menuntut haknya.

Kisah menyayat hati ini mendapat perhatian ramai sehinggakan Laura dijemput disebuah podcast bersama YouTuber terkenal, Daddy Corbuzier untuk ditemubual.

Berdasarkan sebuah video yang tular, Laura sempat menceritakan detik-detik ibu kepada bekas teman lelakinya yang hadir untuk melawatnya yang sedang terlantar selepas kejadian tragedi hitam tersebut.

Apa yang lebih mengundang geram ramai, ibu Gaga seolah-olah tidak mempunyai hati perut kerana memandang rendah terhadap Laura dan tanpa bersalah menyebut tentang kecacatan wanita ini.

Video yang tular di laman TikTok:

@kilasinfo_ Berjuang demi keadilan #laura #Grab1212Challenge #fyp #justiceforlaura #Grab1212Challenge #foryoupage #gaga ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

@mastercorbuzier Now #CLOSETHEDOOR #deddycorbuzier ♬ original sound – Deddy Corbuzier

@lookaatme.id 🥺✨ #edlnlaura #deddycorbuzier #gagamuhammad #podcast #fyp ♬ I hope u happy – OSAQHI

Namun siapa sangka, tidak sempat Laura menuntut keadilan, kita semua menerima khabar duka bahawa Laura telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Memetik laporan Detik Hot, Laura dikatakan sempat mengalami sesak nafas sebelum dikejarkan ke sebuah pusat perubatan.

Selepas mendapatkan rawatan, gadis tersebut kembali mengadu masalah sama sebelum disahkan pergi buat selama-lamanya.

“Innalillahi wainailaihirojiun Turut berpulang ke rahmatullah adik dan juga sahabat kami ‘Edelenye Laura Anna’

“Teman2 minta doanya dan semoga amal ibadah beliau diterima di sisiNya dan Husnul Khotimah, serta keluarga yang ditinggal diberikan kesabaran dan keikhlasan. Aamiin YRA”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aan Story (@aanstory)

“Laura …. We Love U Selamat jalan teman … Kamu pasti diberikan tempat terbaik disana karena kamu orang baik … Innalillahi wa inna ilaihi raji’un ….Istirahat yang tenang ya Laura ..”