[VIDEO] Wanita Sarat 7 Bulan Jatuh Ketika Tunggang Kuda, Netizen Luah Rasa Geram

Satu klip video yang memaparkan seorang wanita yang sedang sarat hamil mejadi tumpuan netizen di Twitter selepas dirinya dipercayai terjatuh ketika sedang menunggang kuda.

Berdurasi 52 saat, video itu menyaksikan seorang wanita menjeritkesakitan selepas dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke tanah.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika wanita berkenaan menunggang kuda di MAEPS Rubinga Equine Centre (MREC) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih belum selesai.

Ekoran video tersebut, rata-rata netizen menempelak tindakannya yang disifatkan tidak bersesuaian kerana boleh mengancam keselamatan anak dalam kandungan dan nyawanya.

“Dia kenapa naik kuda waktu tengah sarat mengandung? Tak takut ke jadi apa-apa kat baby dalam perut tu,” tulis @qurratuAin_

“Ya Allah, dah tahu mengandung tu gigih betul ya nak naik kuda tu, bahayalah untuk kandungan tu kalau jadi apa-apa, fuh lain macam punya senaman, ekstrem ya aktiviti dia bagi,” komen @Aleaavendaaa.

“Selalunya orang mengidam nak makan macam-macam tapi sis ni mengidam nak naik kuda. Kan dah jatuh,” kata @Hakakluah.

“Anak VIP mana ni pakcik? Boleh eh waktu PKP dan darurat ni main kuda?, Bukan sukan jogging dan basikal je ke yang boleh?,” tulis Helion_9.

“Ni dah kenapa waktu mengandung pun nak main kuda. Ngidam ke? Waktu PKP inilah macam-macam benda pelik akak ni nak buat,” tulis @iNerd_.

Sehingga kini video tersebut sudah mencecah 40,000 tontonan di Twitter.

Wanita hamil berkenaan sebenarnya merupakan seorang usahawan yang dikenali sebagai Cik Puan Azila.

Menerusi satu hantaran di Instagram Azila kemudian menjelaskan bahawa keadaan dirinya yang kini sedang sarat mengandung tujuh bulan baik-baik sahaja.

“Semoga hari ini hari yg indah untuk semua. Amin Yarobb.

“Sesuatu yg luar biasa terjadi semalam apabila video saya jatuh dari kuda (tergelincir sebenarnya) tiba-tiba gone viral di media social. Di twitter sepertimana di dimaklumkan.

“Bertubi-tubi panggilan telefon dari keluarga dan kawan-kawan yg concern keadaan saya. Yelah sy faham, mungkin sebab sy tgh sarat mengandung 7 bulan++ sebab tue ramai yg risaukan keadaan saya.

“Alhamdulillah saya okay je tak ada yg serius so far. Syukur kpd Allah SWT. Masa dapat tahu video saya viral, sempatlah tengok perbualan dkt twitter.

“1st time kena kecam mmg tak terhadam membaca komen-komen netizen yang kata sendiri cari pasal sendiri tanggung lah, cari penyakit dan macam-macam lagilah. Mujurlah emosi ibu mengandung tak terganggu sgt.

“Mental fizikal org bisnes kena kuat! Bagi yang bagi kata-kata semangat dan mendoakan kandungan SAYA selamat. Alhamdulillah terima kasih ya.

“Paling yg sy suka ada yg ingat cpa tak pregnant sbb ade yg kate badan kecik. Yeke hee..

“Sebenarnya menunggang kuda ketika hamil nie bukan tak boleh tapi just kena berhati-hati. Macam dlm video tue sbnrnya CPA override saja tapi berlaku sedikit kesilapan teknikal hingga tergelincir.

“Setakat pusing2 joy ride tak apa, melainkan trot@canter dalam arena memglah xsesuai dlm keadaan sarat macam nie.

“Xtually im #horserider, dan white rose adalah my own horse. Sbanrnya dah lama xjumpa dia. Rose ibarat anak saya.

“CPA rindu dkt Rose sbb berbulan jugak lah tak jenguk dia. Saja nak melawat dia sebelum bersalin.

“Tuan kuda dgn kuda kena ada bonding. Sekali sekala kena dtg tanya khabar.

“Ride (juz walk bukan lari) masa mengandung nie xtually bagus sebenarnya,( xdigalakkan utk newbie)sbb bantu betulkan posture badan ibu hamil. Memudahkan proses bersalin juga!

“Kuda hanya akan suka org yg calm. Lagipun tunggang kuda amalan sunnah dan mengajar kita leadership, @sifat kepimpinan.

“Apapun terima kasih kepada yg menegur, mengecam dan yg concern terhadap seorang ibu hamil ini.

“Doakan CPA selamat bersalin ya. Bila jatuh jangan lupa untuk bangkit lagi. Itu sikap org2 yg berjaya! Assalamualaikum.”