[VIDEO] “Kenapa tak nampak muka aku?” Gelagat Kelakar Wartawan Bersungguh WFH Jadi Perhatian

Seperti yang diketahui umum, sejak Perintah Kawalan Pergerakan kembali dilaksanakan ramai diantara kita bekerja daripada rumah.

Norma baharu bekerja dari rumah (Work From Home) ini turut memberikan kelebihan kepada pekerja antaranya adalah masa yang fleksibel.

Walaubagaimanapun, tidak semudah yang disangka kerana bekerja dari rumah juga mempunyai pelbagai cabaran.

Disebalik tabir wartawan dan penyampai berita bekerja dari rumah

Antara cabaran yang ditempuhi oleh pekerja adalah kemudahan mengakses internet agak terhad berbanding ketika beradi di pejabat.

Malah, ruang kerja yang tidak lengkap turut memberikan kesan terhadap kerja termasuklah mereka yang bekerja di bidang media dan penyiaran.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter oleh seorang pengguna bernama Hakim Rahman telah berkongsi satu video bagaimana dia dan rakan-rakan bekerja dari rumah.

Bunyi pintu, lampu rosak dan bunyi ayam berkokok

Rakaman video tersebut memaparkan kompilaci bloopers wartawan dan juga penyampai berita ketika bertugas dari rumah masing-masing.

Tanpa diduga, mereka turut berdepan dengan pelbagai gangguan seperti bunyi bingit pintu bilik dibuka, kerosakan lampu yang mengganggu pencahayaan dan sebagainya.

Apa yang menarik perhatian adalah bunyi ayam berkokok turut menganggu rakaman ketika sedang membuat liputan.

Terlupa bukak lensa kamera di laptop

Paling mencuit hati apabila gelagat salah seorang wartawan yang geram apabila beliau mengalami masalah akses internet yang agak terhad di rumahnya.

Malah, ada yang sempat mengeluh apabila wajahnya tidak muncul dalam Google Meet dan meminta rakan-rakannya membantu beliau.

Namun, apa yang terjadi sebenarnya adalah wartawan tersebut terlupa untuk mengaktifkan lensa kamera di laptop.

300,000 ribu tontonan selepas dimuat naik 

Perkongsian di laman Twitter itu telah berjaya ditonton lebih dari 300,000 setelah dimuat naik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian video bloopers berkenaan.

Mereka juga tidak menyangka itu sebenarnya yang dihadapi oleh wartaman di sebalik tabir tersebut.

Netizen juga turut meluahkan rasa kagum dengan sikap profesional yang ditunjukkan oleh para petugas media di hadapan kamera dalam usaha menyampaikan maklumat yang terbaik kepada masyarakat.