“Dia tunjuk jari kepada saya” Abang Botak Sebak Sambut Aidilfitri Di Balik Tirai Besi

Susulan insiden yang berlaku semalam yang melibatkan penunggan motosikal dan pemandu kereta, polis telah berjaya menahan penunggang tersebut.

Video yang menjadi tularr di laman facebook itu telah menjadi perhatian ramai netizen kerana tindakan abang botak yang dianggap di luar kewarasan.

Abang botak tersebut akhirnya terpaksa menyambut Aidilfitri di dalam penjarra selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini menjatuhi hukuman 12 bulan kerana memecahkan cermin sebuah kereta, lapor Sinar Harian.

Pemilik nama Danial Tan Abdullah itu mengaku melakukan perbuatan tersebut terhadap kereta Produa Alza milik Siew Chean Voon dengan mengetuk kereta itu menggunakan helmet.

Majistret telah bertanya apakah punca dirinya bertindak sedemikian dan menurutnya pemandu tersebut hampir melanggarnya sebanyak dua kali.

Danial juga berkata lelaki tersebut telah menunjuk jari kepadanya yang membuatkannya hilang sabar.

“Saya himpit semula sebab nak ajak berbincang, tetapi dia telah tunjuk jari kepada saya.

“Itu yang menyebabkan saya bertindak sebegitu. Saya minta maaf,” katanya dalam keadaan sebak.

Terdahulu, peguam Nur Rafiuddin Naswari yang mewakili Danial memohon hukuman denda atas alasan anak guamnya merupakan penyara tunggal keluarga.

“Kesalahan ini adalah kesalahan pertama dan tertuduh mempunyai dua orang anak berusia setahun dan tiga tahun,” katanya.

Menurutnya, kesalahan dilakukan Danial bukanlah dirancang tetapi spontan.

Walaubagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Semalam, rakaman kejadian tersebut telah menjadi tularr sehinggakan netizen berjaya mencari Facebook Danial dan tempat kerja beliau.

Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat semua agar sentiasa berfikir panjang sebelum membuat apa-apa.