[VIDEO] “Ustaz Asif Curang” Papar Realiti Penunggang Agama, Karya Terbaru Syahmi Sazli Dipuji

Sejak kebelakangan ini, media tempatan ‘disemakkan’ dengan berita penunggang agama yang mengabaikan isteri demi tuntutan nafsu.

Bukan satu, bukan dua malahan tiga kes yang terbaru melibatkan ‘ustaz’ selebriti yang boleh dikatakan memburukkan imej agama Islam.

Tidak ketinggalan dengan isu ini, Syahmi Sazli Production telah menyiapkan satu drama pendek bertajuk Ustaz Asif Curang.

Boleh dikatakan drama ini mirip dengan situasi yang benar-benar terjadi sejak beberapa minggu ini meskipun ianya hanyalah rekaan semata-mata dan tidak kena-mengena dengan mana-mana pihak.

Walaupun ia disampaikan dengan lawak bersahaja dari Asif dan Syahmi sendiri, ternyata mesej yang ingin disampaikan itu sangat jelas.

Rata-rata netizen terhibur dengan lakonan bersahaja Ustaz Asif yang dikatakan semakin baik dengan tunjuk ajar Syahmi sendiri.

Malah, ramai yang memuji penghasilan drama ini bakal membuka mata ramai pihak tentang kewujudan golongan penunggang agama dalam masyarakat kita.

Komen dari Facebook Syahmi Sazli Production

Jika anda masih belum menonton drama tersebut, sila saksikan di bawah

Ustaz Asif Curang – Syahmi Sazli Production