Jaga Ibu Koma Sejak 2015, Pelajar Ini Berjaya Skor 8A Dalam PT3

Bagi anda yang selalu mengikuti kerja amal Third Force dari team Tuan Raja Shamri, pasti anda pernah mengetahui kisah seorang ibu, Puan Zabidah Mat Hashim yang terlantar koma dan dijaga oleh anak-anaknya.

Kini salah seorang anaknya yang bernama Zanatul Nur Afini baru saja menerima keputusan peperiksaan PT3 yang cemerlang.

Menerusi muatnaik di laman Facebook, Raja Shamri telah berkongsi di mana anak Puan Zabidah tersebut telah memperolehi keputusan 8A dalam peperiksaan PT3.

Lebih membanggakan, Nur Afini merupakan satu-satunya perlajar yang memperolehi keputusan tersebut di sekolahnya.

“Alhamdulillah Zanatul Nur Afini, anak puan Zabidah yang koma sejak 2015 memperolehi keputusan yang amat cemerlang dalam keputusan peperiksaan PT3 baru-baru ini. Beliau memperolehi 8A dan merupakan pelajar tunggal sekolah beliau yang memperolehi 8A. Tahniah Afini.”

Menurut Raja Shamri lagi, kisah kejayaan Afini itu telah mendapat perhatian daripada pihak RTM.

Afini telah berkongsi rahsia bagaimana dia berjaya mendapatkan keputusan cemerlang.

“Kisah kejayaan Afini ini telah mendapat perhatian dari pihak RTM dan hari ini keluarga Afini telah di kunjungi oleh wartawan dari RTM yang di ketuai oleh Puan Majidah beserta juruvideo RTM.”

“Pihak RTM telah menemuramah Afini dan bertanya tentang rahsia kejayaan Afini yang juga perlu menjaga ibu yang koma. Menurut Afini ini semua adalah hasil pengorbanan keluarga beliau terutama abangnya Idham dan bapa saudara Paksu Amran.”

Dalam pada itu, beberapa orang wakil dari Third Force Pasir Mas telah hadir bersama-sama guru sekolah untuk menyampaikan sumbangan.

“Guru sekolah dan beberapa orang wakil Third Force Pasir Mas juga hadir pada hari ini. Beberapa orang penyumbang juga telah menyampaikan sumbangan kepada Afini dan keluarga.”

Sebelum ini, Raja Shamri ada berkongsi pengorbanan abang kepada Nur Afini, Mohd Idham yang terpaksa melupakan hasratnya untuk pergi sambung pelajaran selepas sahaja ambil peperiksaan SPM kerana ingin menjaga ibunya sepenuh masa.

Malah, Idham ambil kerja part time di sebuah kedai bundle kain demi meringankan beban mereka.

Bagaimanapun, kos persekolahan Nur Afini ditanggung oleh biasiswa sekolah yang diterimanya.

Tahniah diucapkan buat adik Nur Afini, semoga kejayaan ini menyuntik semangat untuk berbakti pada keluarga di masa hadapan.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)