Bermain Salji Percuma di Spitzer Ecopark

Bagi pengunjung Spritzer EcoPark Taiping, anda berpeluang untuk bermain di dalam ‘salji’ secara percuma.

Ini merupakan antara aktiviti mengujakan di sini sempena program ‘Spritzer Christmas Fiesta 2019’ yang bermula Jumaat lepas sehingga Rabu ini, lapor Bernama.

Dalam satu kenyataan, Spritzer memaklumkan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga akan mengisi program itu yang bermula jam 5 petang sehingga 9.30 malam.

Para pengunjung akan dapat bermain salji pada pukul 6.30 petang, 8 malam dan 9 malam secara percuma.

“Seperti tahun lepas, para pengunjung Spritzer EcoPark akan dapat menikmati suasana bermain di dalam ‘salji’ sekali lagi di mana waktu bermain adalah pada pukul 6.30 petang, 8 malam dan 9 malam secara percuma.”

Malah, pelbagai aktiviti boleh disertai kanak-kanak boseperti membuat kraftangan menggunakan bahan kitar semula.

“Selain daripada itu, pada 25 Dis, kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti termasuk membuat kraftangan menggunakan bahan kitar semula, sesi bercerita diikuti sesi menghiasi ‘gingerbread cookies’,” menurut kenyataan itu.

Para peminat fotografi juga berpeluang merakamkan gambar di banyak lokasi menarik di sekitar Spritzer EcoPark selain menikmati keindahan alam flora dan fauna.

Menurut kenyataan itu lagi, sepanjang program, pengunjung dan keluarga boleh menaiki kereta klasik dihiasi lampu LED dengan kadar RM20 bagi 10 minit.

“Fiesta ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Spritzer, dengan menyediakan pelbagai aktiviti sihat bagi seluruh komuniti di Taiping,” menurut kenyataan itu.

Jadi tunggu apa lagi? bagi anda yang berada berdekatan boleh lah berkunjung ke fiesra ini.