[VIDEO] ”Ur Accent So Good, Tak Benci Nadine Dah“- Sarah Hildebrand Dipuji Comel Tiru Slang British Filem Mary Poppins.

Hijabista Biadap! Itu gelaran yang melekat kepada Nadine baru-baru ini dalam drama Pujaan Hati Kanda. Pembawa wataknya gadis manis bertudung, Sarah  Hildebrand  berdarah kacukan Melayu di sebelah ibu dan Amerika di sebelah bapa.

Tidak hairan lah Sarah yang juga pengacara dan model amat kemas bertutur dalam berbahasa Inggeris dengan  accent yang memang sedap di dengar.

Terbaru Sarah berkongsi video beliau bercakap Inggeris dalam lenggok british seakan filem Mary Poppins Returns yang baru di tontonnya.

 

View this post on Instagram

 

After you see Mary Poppins Returns and you develop a British accent. Okay I’m ready. Take me to London.

A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand) on

After you see Mary Poppins Returns and you develop a British accent. Okay I’m ready. Take me to London.

Sarah yang di lihat bersahaja memesan makanan di restoren dengan lenggok  british accent  di lihat cukup cantik dan comel. Tidak hairan la Sarah menerima banyak pujian dari pengikut instagramnya

 

your accent is soo goood!! kalah vanessa hudgens


Tetiba tak benci Nadine

 

Mary Poppins manis bertudung 

Biodata Sarah Hildebrand

Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand atau lebih dikenali sebagai Sarah Hildebrand (lahir 18 Ogos 1990)ialah seorang model, personaliti fesyen, pengacara dan pelakon wanita Malaysia dari keturunan Amerika, Jerman dan Melayu. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2015, dengan beberapa peranan kecil di televisyen dan filem.

Beliau juga muncul dalam beberapa majalah termasuk InTrend, EH! dan Hijabista. Beliau secara rasminya telah bertudung penuh pada hujung 2015.

Beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1990 di Kuala Lumpur, Malaysia dan memiliki darah kacukan Amerika, Jerman dan Melayu.

Hildebrand merupakan pemenang bagi Gadis M2 pada 2013. Beliau membuat kemunculan di iklan televisyen dan muzik video, dan membuat kemunculan sulungnya dalam bidang lakonan menerusi telefilem Hujan Pagi, sebagai Ati.

Beliau muncul bersama Kilafairy, Erwin Dawson, Cristina Suzanne dan Hefny Sahad dalam siri drama misteri, Nafas di ntv7, memegang watak Shila.