Congrats! Adik Syatilla, Syida Melvin Bakal Kahwin Bulan Januari Ini Dengan Anak ‘Iron Lady Malaysia’

Syida Melvin, adik kepada pelakon, Syatilla akan mengakhiri zaman bujangnya bersama lelaki pilihan hati, Mohamad Shafiq Azim Shaheen pada 19 Januari depan.

Sementara pada 26 Januari pula, Syida yang juga merupakan pendatang baru dalam dunia lakonan bakal mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

 

View this post on Instagram

 

Keke do you love me? 😉💃🏻🙈

A post shared by Syida Melvin 💎 (@syidamelvin) on

Telah pun mengagihkan kad undangan ke majlis resepsi kepada rakan media terpilih, pelakon Dodol Untuk Menantu ini telah pun mengikat tali pertunangan bersama Shafiq pada 18 Jun tahun lalu.

“Thanks a lot gurlss for the Bachelorette dinner, apreciate it ♥️ .
.
May Allah ease the path. InshaAllah, Much love. ♥️♥️”

Shafiq merupakan anak lelaki kepada Allahyarhamah Datuk Wira Dr.Maznah Hamid yang sinonim dengan jolokan ‘Iron Lady Malaysia’.

Difahamkan, bakal imamnya merupakan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Securiforce Sdn.Bhd.

Pada bulan Jun lepas, Syida Melvin selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Syafiq Shaheen yang juga merupakan anak kepada ‘Iron Lady’ Malaysia iaitu Allahyarhamah Datuk Dr Maznah Hamid.

Dijangkakan bakal menamatkan zaman bujang masing-masing pada Januari tahun ini, majlis diadakan penuh sederhana itu telah dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai mereka.

Beberapa keping gambar telah dimuat naik oleh pasangan sama cantik sama padan itu di laman Instagram masing-masing serta dihujani dengan ucapan tahniah oleh pengikut mereka.