Jika sebelum ini ramai yang menganggap hati Uqasha sering berubah-ubah, kini dia membuktikan dirinya umpama merebus tidak empuk iaitu kekal dengan pendirian mahu berubah menjadi lebih baik.

Uqasha melalui satu perjalanan suci apabila dia berpeluang menunaikan ibadah umrah dan kembali ke tanah air hari ini.

“Perasaan berkecamuk itu hilang sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Bagaikan satu keajaiban berlaku, semuanya berubah. Satu kegembiraan yang tak boleh diluahkan dengan kata-kata kerana ia terlalu indah,” katanya kepada Utusan Online.