[VIDEO] Ulang Tahun Pertama Tanpa Ketumbuhan, Ainul Mardhiah Ceria Main Belon ‘Birthday’

Siapa sangka adik Ainul yang sebelum ini menghidap kanser kini mampu tersenyum riang pada ulang tahun kelahiran pertamanya.

Hari ini menerusi satu video yang dikongsikan di laman Instagram, ayah Ainul Mardhiah mengucapkan kesyukuran di hari kelahiran anak kesayangannya itu.

Ternyata segala usaha yang dilakukan ibu dan ayah Ainul kini berhasil dengan izin Allah untuk melihat anak mereka sihat seperti kanak-kanak lain.

“Alhamdulillah, cukup setahun. Semoga Allah swt merahmati dan melindungi kamu anak!”

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah, cukup setahun. Semoga Allah swt merahmati dan melindungi kamu anak!

A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

Rata-rata netizen meninggalkan komen mengucapakan selamat hari lahir buat Ainul dan mendoakan Ainul kekal sihat.

Sebelum ini, Ainul Mardhiah yang diterbangkan ke London untuk rawatan kanser yang dikenali sebagai Germ Cell Tumor, telah selamat menjalani pembedahan  pada 10 Jun di sebuah hospital tempatan.

Ketumbuhan yang besar di dalam mulut Ainul dengan berat kira-kira 200g, telah berjaya dikeluarkan oleh satu pasukan pakar bedah dan anestetik yang diketuai oleh Profesor David Dunaway, pakar perunding plastik dan pakar bedah rekonstruktif dan ketua Unit Craniofacial.

“Pembedahan berjalan lancar. Ia berjalan lebih baik daripada yang dirancang.

“Tumor itu keluar seperti yang diharapkan,” kata Juling Ong, seorang pakar bedah plastik pediatrik.

Ong merupakan salah seorang dari empat doktor yang mengambil bahagian dalam pembedahan yang berlangsung selama lima jam sejak jam 11 ​​pagi.

“Tidak terlalu banyak pendarahan. Syukurlah, dia baik dan stabil sepanjang operasi. Dia mempunyai tumor besar. Ini adalah operasi besar” tambahnya.

Menurut Ong, buat masa sekarang mereka perlu memastikan Ainul selesa dalam Rawatan Rapi dan biarkan dia pulih.

Kemudian mereka akan menilai semula keadaan Ainul dalam beberapa minggu atau bulan  untuk melihat jika ada tanda-tanda berulang.

Dr. Nur Amalina Che Bakri, pakar bedah pelatih juga diberikan penghormatan kerana inisiatifnya yang membolehkan Ainul Mardhiah dan ibu bapanya diterbangkan ke London untuk rawatan.

Semoga Ainul Mardhiah sentiasa sihat walafiat dan ceria seperti kanak-kanak yang lain.