“Dukung bayi 4 bulan dengan air mata” Suasana Pilu Menanti Jenazah Suami

Kemeriahan Hari Raya Aidiladha kali ini sedikit tercalar apabila satu insiden yang berlaku sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki.

Kejadian yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran susur keluar Bangi yang melibatkan dua buah kenderaan.

Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, yang dikejarkan ke Nilai Medical Centre semalam untuk mendapatkan rawatan disahkan telah meninggal dunia ketika dirawat disitu.

Kejadian itu berlaku berhampiran susur keluar Bangi selepas Syed Muhammad Danial dikatakan dilanggar sebuah kereta.

Urusan pengebumian dilakukan selepas Jenazah Syed Muhammad Danial selesai dibedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang.

Perkarangan Jabatan Perubatan Forensik diselubungi hiba dan pilu tatkala mata tertumpu kepada seorang wanita yang menangis teresak-esak sambil mendukung seorang bayi.

Beliau adalah isteri kepada Syed Muhammad Danial yang dilihat beberapa kali mengesat air mata sambil mendukung bayi mereka yang berusia 4 bulan sementara menunggu proses bedah siasat suaminya selesai.

Isteri mangsa Qistina Ayu Rozhan 28, enggan mengulas selepas didekati wartaman dan meminta untuk diberikan ruang kepadanya untuk menenangkan diri.

Jenazah Syed Muhammad Danial tiba di Masjid At Taqwa untuk disembahyangkan disana pada petang  tadi.

Suasana pilu menyelebungi semua di Tanah Perkuburan Islam Bandar Bukit Mahkota Bangi yang mana Jenazah Syed Muhammad Danial selamat dikebumikan pada 4.45 petang lapor Harian Metro.

Ramai yang datang memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Syed Muhammad Danial yang terdiri dari ahli kelaurga, saudara mara dan kenalan rapat hampir melebihi 100 orang yang hadir.

Keadaan bertambah hening dan pilu ketika di Tanah Perkuburan apabila melihat isteri mangsa yang sebak meyiram air ke pusara suaminya itu.

Turut dilihat sebak adalah bapa Qistina, Mohd Rozlan Ramlee 57 yang dilihat menenangkan anaknya ketika itu. Bapa merta mangsa turut mengulas mengenai kebajikan cucunya itu.

“Allahuakbar, saya berazam untuk membantu menjaga cucu. Saya sama sekali tidak menyangka kejadian ini menyebabkan cucu kehilangan bapa dalam sekelip mata”.

“Menantu saya seorang anak yang taat kerana setiap hujung minggu dia akan membawa isteri dan anaknya ke rumah ibunya di Shah Alam”.

“Jika diikutkan perancangan, mereka sekeluarga mahu menyambut Aidiladha di rumah ibunya hari ini,” katanya ketika ditemui di hospital itu”. 

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dilaporkan berkata, kemalangan kecil diantara suspek berusia 40 tahun dan Syed Muhammad Danial selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan.

Difahamkan berlaku perlanggaran yang mana kereta Syed Muhammad dikatakan melanggar bahagian belakang kereta suspek.

Selepas itu, berlaku kejar mengejar antara kedua-dua kereta sehingga mereka berhenti di bersimpangan Bandar Baru Bangi.

Ujarnya lagi, satu pergaduhan telah berlaku antara Syed Muhammad dan suspek sebelum mangsa tidak berpuas hati dan mengeluarkan kayu besbol.

Mangsa dikatakan memukul bahagian kereta suspek dengan menggunakan kayu besbol yang dikeluarkan tadi.

Dalam keadaan yang tergesa-gesa suspek menekan pedal dan melanggar Syed Muhammad Danial ketika itu.

Akibat perlanggaran itu, Syed Muhammad Danial dikatakan tersepit diantara penghadang jalan dan kereta suspek.

Melihat keadaan Syed Muhammad Danial yang memerlukan rawatan, orang awam kemudian menghantar mangsa ke Nilai Medical Centre.

Semoga isteri dan keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini dan moga perkongsian ini  memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua.