[VIDEO] Demi Selamatkan Anak Kucing, Lelaki OKU Sanggup Merangkak Di Tepi Longkang Besar

Kekurangan fizikal tidak menghalang niat murni seorang pemuda untuk membantu seeok kucing di dalam kesusahan.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook miliknya, Abu Fathiyyaturahma yang merupakan seorang OKU yang menggunakan kerusi roda dilihat bersusah-payah cuba turun ke tepi longkang besar.

Abu sanggup membahayakan nyawanya sendiri kerana merasa kasihan dengan seekor kucing yang sedang berpaut kuat di tebing longkang besar.

Tanpa berfikir panjang, Abu turun dari kerusi rodanya dan cuba untuk menyelamatkan anak kucing tersebut.

Pagi tadi masa dalam perjalanan pergi kompleks sukan likas kami ternampak seekor anak kucing yang terjatuh dalam longkang besar sedang berpaut kuat di dinding longkang dengan basah kuyup entah dari bila lagi dia di situ saya pun cuba naik kan kucing tu ke atas. Alhamdulillah kami dapat bantu dia naik 🙂

Ps. Sahabat saya yang merakam video ni juga seorang OKU pengguna kaki palsu dia tidak boleh turun untuk selamatkan anak kucing tu jadi saya buat keputusan untuk turun selamatkan anak kucing tu.

Video yang dikongsikannya itu menjadi tular dan mendapat reaksi dari segenap netizen di Facebook.

Menurut Abu, video tersebut dirakam oleh rakannya yang juga merupakan seorang OKU yang memakai kaki palsu.

Rata-rata netizen memuji sikap mereka yang prihati terhadap haiwan namun masih ramai yang bimbangkan keselamatannya.

Semoga apa yang dilakukan oleh Abu ini menjadi tauladan yang baik buat semua pembaca.