[VIDEO] Ucapan Hari Jadi Paling Comel Kanak-kanak 4 Tahun Untuk Dr Noor Hisham

Hari ini 21 April merupakan satu tarikh yang bermakna buat rakyat Malaysia kerana ianya merupakan ulang tahun kelahiran Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Rata-rata rakyat tidak melepaskan peluang meninggalkan ucapan  ‘Selamat Hari Lahir’ kepada beliau kerana telah menjadi hero di saat wabak COVID-19 ini melanda Malaysia.

Lebih menarik perhatian, satu video kreatif perkongsian Saifulizan di Facebook memaparkan seorang kanak-kanak perempuan membuat satu video khas sempena ulang tahun kelahiran Dr Noor Hisham.

Keletah kanak-kanak yang ikhlas itu mendapat perhatian serta pujian netizen.

Tak boleh keluar, sila pakai mask

Di antara babak yang dilakonkan oleh kanak-kanak bernama Shanice Lim berumur 4 tahun itu ialah tidak membenarkan neneknya untuk keluar dari rumah kerana arahan PKP.

Malah, Shanice turut memberi atuknya sekeping topeng muka untuk dipakai sepanjang waktu ini.

Selain daripada itu, Shanice juga memberi pesanan agar sentiasa mencuci tangan bagi menjaga kebersihan diri di saat wabak COVID-19 ini.

Dr Hisham cakap tak boleh keluar

Ternyata telatah comel kanak-kanak ini mendapat perhatian ramai kerana dia petah berbahasa Melayu walaupun seorang berbangsa Cina.

Biodata Dr. Noor Hisham

Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullahdilahirkan di Sepang, Selangor pada 21 April 1963. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 1 Mac 2013 menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

Setelah memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) sejak 1 Februari 2008, Dato’ Seri Dr Hisham ialah pakar bedah dan pentadbir yang terlatih.

Beliau juga merupakan pakar bedah kanan dan pakar bedah endokrin di Hospital Putrajaya. Dato’ Seri Dr Hisham menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan pada bulan Ogos 1988.

Dr. Noor Hisham kemudiannya menjadi pakar dalam pembedahan endokrin dan melakukan latihannya di pelbagai universiti di Adelaide dan Sydney di Australia.

Beliau mempunyai banyak penerbitan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa dan menulis banyak bab teks dalam pembedahan endokrin.

Pada 2020, Dr. Noor Hisham dan Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr. Adham Baba (yang sebelum itu disandang Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad) bertanggungjawab dalam menangani wabak COVID-19 yang menular di Malaysia.